• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu

Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu

October 13, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Perodua lancar aplikasi P-Circle

PERODUA kini melangkah lebih jauh dalam dunia digital dengan memperkenalkan platform gaya hidup mobiliti baharu dikenali sebagai P-Circle, yang menyatukan pelbagai kemudahan mobiliti, gaya hidup dan teknologi di bawah satu aplikasi super (super app).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pelancaran P-Circle menandakan langkah pertama ke arah konsep Mobility as a Service (MaaS), selaras hala tuju masa depan industri automotif yang semakin berintegrasi dengan teknologi dan keperluan digital pengguna.

P-Circle menawarkan gaya hidup berasaskan mobiliti di mana semua perkhidmatan dalam talian kami digabungkan di bawah satu aplikasi.

"Langkah ini membuktikan keupayaan Perodua berinovasi dan memenuhi keperluan pelanggan sebelum mereka meminta." - Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, CEO Perodua

Dompet Digital P-Duit, Ciri Pintar dan Integrasi EV

Logo P-Circle

Antara komponen utama dalam ekosistem P-Circle ialah P-Duit, iaitu dompet digital (e-dompet) yang memudahkan pelbagai urusan pembayaran di seluruh Malaysia.

Menariknya, Perodua menandatangani perjanjian dengan semua pengendali pengecas EV tempatan untuk membolehkan pembayaran caj kenderaan elektrik (EV) dibuat terus melalui P-Duit, sekali gus lebih mudah dan pantas untuk pemilik EV masa depan.

Selain itu, modul P-Vehicle yang bakal dilancarkan selepas pelancaran EV pertama Perodua kelak akan membolehkan pengguna mengawal kenderaan dari jauh (remote), termasuk menghidupkan atau mematikan enjin, mengunci pintu, mengawal penyaman udara dan menjejak lokasi kenderaan terus dari telefon pintar.

Tidak terhad automotif, P-Circle juga menawarkan pelbagai fungsi tambahan seperti:

Jam pintar Perodua
Jam pintar Perodua
  • P-Health (jam pintar) untuk memantau kesihatan
  • P-Charge dan PAC Home untuk pengecasan EV di rumah atau secara mudah alih
  • P-Marketplace untuk membeli alat ganti dan aksesori rasmi Perodua
  • P-Entertainment sebagai platform penstriman kandungan tempatan
  • P-Chat, forum komuniti khas untuk pemilik Perodua berkongsi tip dan pengalaman automotif
Perodua lancar aplikasi P-Circle
Perodua lancar aplikasi P-Circle

Aplikasi P-Circle kini boleh dimuat turun daripada App Store dan Google Play, manakala produk seperti pengecas mudah alih dan jam pintar boleh didapati di semua pusat jualan dan servis Perodua seluruh negara.

Dengan pelancaran P-Circle, Perodua membuktikan bahawa ia bukan sekadar jenama automotif — tetapi pelopor ekosistem mobiliti pintar buatan Malaysia yang menggabungkan gaya hidup, teknologi dan inovasi dalam satu platform digital.

Perodua lancar aplikasi P-Circle
Perodua lancar aplikasi P-Circle
Jam pintar Perodua
Jam pintar Perodua
Logo P-Circle
Logo P-Circle

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jam Pintas Perodua, P-Circle, Perodua, Perodua Smartwatch, Platform Digital Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my