• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 800,000 Kenderaan Dijangka Masuk Negeri Sembilan Sempena Deepavali

800,000 Kenderaan Dijangka Masuk Negeri Sembilan Sempena Deepavali

October 13, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

800,000 kenderaan dijangka masuk Negeri Sembilan sempena Deepavali.

Polis menjangka 800,000 kenderaan memasuki Negeri Sembilan sempena Deepavali pada 20 Oktober ini, menunjukkan peningkatan sekitar 73 peratus berbanding 460,000 kenderaan pada hari biasa.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, peningkatan itu dijangka berlaku susulan cuti hujung minggu panjang yang turut disertai cuti tambahan dua hari yang diberikan Kementerian Pendidikan kepada warga sekolah.

Situasi itu dijangka menyumbang kepada aliran trafik lebih padat di laluan utama seluruh negeri.

279 Anggota Ditugaskan Sepanjang Ops Lancar

Bagi memastikan kelancaran trafik, 279 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan akan ditugaskan sepanjang Ops Lancar bermula 17 - 21 Oktober ini. Pemantauan dan rondaan akan dipertingkatk di:

  • 19 lokasi hotspot
  • Tiga kawasan blackspot seluruh negeri

Tindakan penguatkuasaan juga akan dijalankan sepanjang tempoh operasi tersebut.

Laluan Dijangka Sesak

Beberapa laluan utama dikenal pasti bakal mengalami kesesakan, iaitu:

  • Lebuh Raya Utara-Selatan (Nilai hingga Pedas-Linggi)
  • Lebuh Raya Kajang–Seremban (Pajam-Ampangan)
  • Jalan Seremban-Kuala Pilah
  • Jalan Seremban-Tampin

Nasihat Polis kepada Pengguna Jalan Raya

Orang ramai dinasihati supaya:

  • Merancang perjalanan lebih awal
  • Mengelak waktu puncak
  • Menyemak status trafik semasa melalui aplikasi seperti Waze, Google Maps atau saluran rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Alzafny turut mengingatkan pemandu supaya;

Sentiasa berhati-hati di kawasan tumpuan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan amalkan pemanduan berhemah. Gunakan lorong kecemasan hanya ketika kecemasan, kecuali di lokasi pengaktifan Smart Lane."

SUMBER: AstroAwani

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Deepavali 2025, JSPT, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), negeri sembilan, Ops Lancar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my