KERAJAAN bakal memperkenalkan Lemon Law menerusi pindaan kepada Akta Perlindungan Pengguna bagi memperkukuh hak pengguna, terutama dalam sektor automotif.
Selepas penggubalan Akta Kredit Pengguna, Kerajaan kini beralih kepada langkah seterusnya dengan memasukkan elemen 'Lemon Law', iaitu undang-undang yang melindungi pengguna daripada kerugian akibat pembelian kenderaan atau barangan cacat yang gagal dibaiki selepas beberapa percubaan.
Pengenalan 'Lemon Law' akan memberi jaminan lebih kukuh kepada pembeli kenderaan baharu yang berdepan masalah kecacatan serius atau berulang.
Ia juga menuntut tanggungjawab lebih besar kepada pengeluar dan pengedar dalam memastikan kualiti produk berada pada tahap terbaik.
Leave a Reply