• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Belanjawan2026: Kerajaan Peruntuk RM2.2b untuk 43 Projek Tebatan Banjir

#Belanjawan2026: Kerajaan Peruntuk RM2.2b untuk 43 Projek Tebatan Banjir

October 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Belanjawan 2026 - Kerajaan memperuntuk RM2.2 bilion pelaksanaan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) seluruh negara, termasuk 12 projek baharu bermula 2026.

KERAJAAN memperkukuh usaha pencegahan banjir jangka panjang menerusi peruntukan RM2.2 bilion bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) seluruh negara, termasuk 12 projek baharu yang akan dimulakan tahun depan.

Senarai 12 RTB baharu bermula 2026 ialah:

  • RTB Sungai Mengkibol, Mukim Kluang, Johor
  • RTB Sungai Chaah, Segamat, Johor
  • RTB Sungai Temin/Bata, Kubang Pasu, Kedah
  • RTB Sungai Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan
  • RTB Sungai Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan
  • RTB Sungai Jimah Fasa 2 dan RTB Sungai Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • RTB Sungai Nyiur, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  • RTB Sungai Trong, Larut Matang dan Selama, Perak
  • RTB Sungai Buloh Fasa 2, Selangor
  • RTB Sungai Buaya dan Anak Sungai Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

Kerja Pencegahan, Penyelenggaraan Cerun

Selain RTB, Kerajaan turut memperuntuk lebih RM260 juta bagi kerja pencegahan, penyelenggaraan dan pembaikan cerun seluruh negara, termasuk Jalan Persekutuan. Langkah itu penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, terutama di kawasan berisiko tinggi.

Sebanyak RM55 juta pula disediakan untuk membersih dan menaik taraf longkang dan parit di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengelak banjir kilat di kawasan bandar dan perumahan.

Langkah tersebut menegaskan komitmen Kerajaan dalam melaksanakan pendekatan pencegahan banjir secara menyeluruh, sekali gus memastikan infrastruktur negara lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan cuaca ekstrem.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Belanjawan 2026, Kementerian Kewangan (MOF), Malaysia Madani, Projek Tibetan Banjir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my