• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Belanjawan2026: Pemandu Teksi Dikecuali Duti Eksais, Cukai Jualan Beli Kereta Nasional Baharu

#Belanjawan2026: Pemandu Teksi Dikecuali Duti Eksais, Cukai Jualan Beli Kereta Nasional Baharu

October 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Belanjawan 2026 - Pemandu teksi dapat inisiatif pengecualian cukai, dan pertingkat kemahiran.

KERAJAAN menerusi Belanjawan 2026 menzahirkan komitmen terhadap kebajikan dan kecekapan pemandu teksi dengan meneruskan insentif pengecualian cukai penuh dan program latihan peningkatan kapasiti.

Pemandu teksi dan kereta sewa persendirian akan terus menikmati pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan bagi pembelian kereta nasional baharu Proton dan Perodua.

Langkah itu bukan saja membantu meringankan beban kos pemilikan kenderaan baharu, tetapi memastikan operasi teksi lebih moden, selesa dan mesra pengguna.

Selain itu, Kerajaan melalui HRD Corp turut memperuntuk RM10 juta bagi menanggung kos kursus dan elaun latihan kepada pemandu teksi berlesen yang mencarum.

Inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kecekapan, keselamatan dan profesionalisme dalam perkhidmatan teksi seluruh negara.

Langkah-langkah berkenaan membuktikan kesungguhan Kerajaan dalam memastikan sektor teksi kekal relevan, kompetitif dan berdaya saing di era pengangkutan moden yang semakin mencabar.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Belanjawan 2026, Kementerian Kewangan (MOF), Malaysia Madani, pemandu teksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my