• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Belanjawan2026: Kos Projek Lebuh Raya Sabah dan Sarawak Cecah RM48 Bilion

#Belanjawan2026: Kos Projek Lebuh Raya Sabah dan Sarawak Cecah RM48 Bilion

October 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Belanjawan 2026 - Kerajaan peruntuk RM48 bilion bina lebuh raya Sabah dan Sarawak

KERAJAAN komited membangunkan rangkaian lebuh raya utama di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan besar menerusi Belanjawan 2026 melibatkan kos keseluruhan mencecah RM48 bilion.

Sebanyak sembilan pakej Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sudah siap sepenuhnya dan kini dibuka untuk kegunaan rakyat, menandakan kemajuan besar dalam infrastruktur darat di Bumi Kenyalang.

Pan Borneo Sabah Terus Mengikut Jadual

Sementara itu, Pan Borneo Sabah, empat pakej Fasa 1A sudah disiapkan, dan Kerajaan memperuntukkan RM1.67 bilion pada 2026 bagi memastikan baki kerja berjalan mengikut jadual.

Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) juga mencatat kemajuan. Fasa 1 dijangka siap November 2026, manakala Fasa 2 kini dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2029.

Sementara itu, Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB) bakal menjadi pelengkap utama rangkaian jalan penghubung antara Sabah dan Sarawak. Kerajaan dijangka mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) seawal suku pertama 2026.

Naik Taraf Jalan di Sibu RM350 Juta

Turut diumumkan, kerja menaik taraf struktur turapan jalan sedia ada di Seksyen Durin dan Salim di Sibu, Sarawak, dengan kos RM350 juta bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.

Langkah menyeluruh itu menegaskan usaha Kerajaan memperkukuh kesalinghubungan jalan raya di Malaysia Timur, sekali gus meningkatkan mobiliti rakyat dan mempercepat pertumbuhan ekonomi wilayah Sabah dan Sarawak.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Belanjawan 2026, Kementerian Kewangan (MOF), Lebuhraya Pan Borneo (LPB), Malaysia Madani, Projek Lebuh Raya Sabah dan Sarawak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my