• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Belanjawan2026: Had RM300,000 untuk Pengecualian Cukai Kenderaan di Langkawi, Labuan

#Belanjawan2026: Had RM300,000 untuk Pengecualian Cukai Kenderaan di Langkawi, Labuan

October 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Kerajaan mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan kepada nilai tidak lebih RM300,000

KERAJAAN mengumumkan langkah baharu mengehadkan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan kepada nilai tidak melebihi RM300,000, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat pemilik kenderaan mewah yang mengambil kesempatan terhadap status bebas cukai di dua wilayah itu.

Langkah baharu ini dilihat perlu bagi mengelak ketirisan hasil negara dan memastikan insentif dinikmati golongan layak.

Kenderaan Mewah Tidak Lagi Layak

Dengan pelaksanaan had nilai RM300,000, model premium dan berprestij tinggi seperti Mercedes-Benz, BMW, Porsche dan Lexus dijangka tidak lagi menikmati pengecualian cukai sepenuhnya.

Sebaliknya, hanya kereta penumpang dan SUV sederhana akan terus menerima manfaat tersebut.

Usaha Wujudkan Keadilan Cukai

Langkah itu sejajar usaha Kerajaan memastikan keadilan fiskal dan menutup ruang penyalahgunaan dasar bebas cukai di Langkawi dan Labuan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Belanjawan 2026, Kementerian Kewangan (MOF), Malaysia Madani, Pengecualian Cukai Kenderaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my