• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cikgu Dedah Sikap Pelajar Mengeluh Tak Dapat BUDI95 Sebab Tiada Lesen

Cikgu Dedah Sikap Pelajar Mengeluh Tak Dapat BUDI95 Sebab Tiada Lesen

October 9, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Pelajar sekolah mengadu tidak dapat BUDI95 sebab tiada lesen memandu.

SEORANG guru sekolah menengah, Daryl (@darylpeter82) mendedahkan masih ramai pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen memandu dan kini merungut kerana tidak layak mendapat subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Program BUDI95 membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati petrol RON95 bersubsidi pada harga RM1.99 seliter dengan had 300 liter sebulan, tetapi hanya kepada mereka yang memiliki MyKad dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang masih aktif.

Pelajar Mengeluh Tak Dapat BUDI95 Sebab Tiada Lesen

 

View on Threads

 

Menurut Daryl, ramai pelajar di sekolahnya mengeluh kerana perlu membayar harga RM2.60 seliter, iaitu harga pasaran tanpa subsidi, selepas pelaksanaan BUDI95 pada 30 September lalu.

Ramai pelajar turun ke sekolah guna motosikal, tapi tiada lesen. Patutlah mereka marah dengan sistem BUDI95 sebab tak layak dapat subsidi," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Ibu Bapa Degil, Tak Mahu Anak Ambil Lesen

Guru itu turut berkongsi pengalaman pihak sekolah sudah beberapa kali menasihati penjaga supaya memastikan anak-anak mempunyai lesen memandu sah, tetapi ada ibu bapa yang enggan mendengar nasihat.

Ada juga ibu bapa cakap anak pandai bawa motor jadi tak perlu lesen. Degil tak nak ikut undang-undang," jelasnya.

Pelajar Sanggup Ubah Suai Motosikal, Tapi Berkira Bab Minyak

Daryl turut mempersoalkan sikap pelajar yang sanggup berbelanja besar mengubah suai motosikal, tetapi berkira membayar petrol tanpa subsidi.

Motosikal dah modify beratus ringgit tapi berkira bab minyak. Tak dapat BUDI95, rugi RM2 lebih setiap kali isi Honda Wave," katanya.

Reaksi Netizen: Biar Jadi Pengajaran

Komen netizen pasal pelajar tak layak BUDI95

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen media sosial yang turut berkongsi pengalaman serupa.

Pelajar saya pun sama. Bawak motor 15km ke sekolah tanpa lesen, motor pula lagi mahal daripada cikgu punya," komen seorang guru lain.

Ramai menegur sikap pelajar yang mampu berhabis ratusan ringgit untuk aksesori motosikal, tetapi tidak sanggup melabur untuk lesen memandu.

Nak modify ada duit, nak buat lesen tak ada duit? Kena ubah keutamaan tu," tulis seorang pengguna Threads.

Hampir 900,000 Warga Asing Tak Layak Subsidi

Dalam perkembangan lain, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan hampir 900,000 warga asing di Malaysia tidak layak menerima subsidi petrol selepas pelaksanaan BUDI95.

Menurutnya, 878,279 pemegang LMM adalah bukan warganegara, termasuk 18,710 penduduk tetap, kini dikecualikan daripada bantuan subsidi tersebut.

Mereka layak memiliki lesen memandu, tetapi bukan warganegara, jadi tidak akan menerima subsidi minyak," jelas Loke.

SUMBER: TheRakyatPost

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BUDI95, kerajaan madani, Petrol RON95, Subsidi Bersasar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my