• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: 562 Lesen Pengendali Kenderaan Komersial Digantung di Bawah JISA

Loke: 562 Lesen Pengendali Kenderaan Komersial Digantung di Bawah JISA

October 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SEBANYAK 562 lesen pengendali kenderaan komersial digantung atau sedang dalam proses penggantungan menerusi pelaksanaan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari tahun 2019 hingga Ogos 2025.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, dalam tempoh sama sebanyak 11 lesen pengendali sudah dibatalkan dan 12 permit kenderaan ditamatkan, manakala 56 permit digantung serta 24 amaran dikeluarkan.

Secara keseluruhan, sebanyak 665 tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap pengendali yang gagal mematuhi piawaian keselamatan.”

Pemeriksaan Mengejut dan Audit Rawak Akan Diperhebat

Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan akan terus memperkukuh langkah penguatkuasaan melalui pemeriksaan mengejut dan audit rawak bagi memastikan pengendali mematuhi semua peraturan di bawah sistem JISA.

Beliau menjelaskan, langkah ini penting dalam memastikan setiap syarikat pengendali mengekalkan standard keselamatan operasi yang tinggi bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya melibatkan kenderaan berat seperti bas dan lori.

48,000 Syarikat Berdaftar, 372,000 Kenderaan Komersial Dalam Seliaan

Setakat April tahun ini, JPJ merekodkan 48,002 syarikat pengendali kenderaan komersial berdaftar, sementara jumlah kenderaan komersial berlesen di bawah seliaan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ialah sebanyak 372,586 unit.

Sehingga September, JPJ telah melaksanakan 7,228 audit JISA di seluruh negara yang meliputi pelbagai kategori operasi.

Audit ini dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan tahap pematuhan industri terhadap piawaian keselamatan sentiasa ditingkatkan, sekali gus menyokong usaha kementerian mengurangkan kadar kemalangan membabitkan kenderaan berat.”

Lima Elemen Audit dan Tujuh Keperluan Mandatori

Menurut Loke, pelaksanaan audit JISA memberi tumpuan kepada lima elemen utama, iaitu:

  1. Pengurusan keselamatan
  2. Pengurusan kenderaan
  3. Pengurusan pemandu
  4. Pengurusan rekod
  5. Pengurusan risiko

Selain itu, setiap pengendali diwajibkan mematuhi tujuh perkara mandatori di bawah Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP), antaranya:

  • Melantik pegawai keselamatan
  • Memasang dan memantau Sistem Kedudukan Sejagat (GPS)
  • Mematuhi masa pemanduan dan waktu rehat
  • Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP)
  • Menyediakan nombor hotline aduan awam

JISA Tingkatkan Keselamatan & Akauntabiliti Industri Pengangkutan

Pelaksanaan audit JISA menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan pengendali kenderaan komersial bertanggungjawab terhadap keselamatan operasi mereka.

Dengan pendekatan audit berkala, penguatkuasaan tegas dan pemantauan berterusan, inisiatif ini dijangka mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan lori dan bas serta menjadikan industri pengangkutan komersial negara lebih selamat dan berdaya saing.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dewan Rakyat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kenderaan Komersial, Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev