• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Tekton, SUV Segmen C Baharu, Dari India Untuk Pasaran Dunia

Nissan Tekton, SUV Segmen C Baharu, Dari India Untuk Pasaran Dunia

October 7, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

NISSAN mengumumkan nama rasmi dan mendedahkan pratonton reka bentuk bagi model terbaharu dalam keluarga kenderaan utiliti sukan (SUV) global iaitu Nissan Tekton.

Dijangka akan dilancarkan sepenuhnya dan mula dijual pada tahun 2026, Tekton direka bentuk dan dibangunkan dengan matlamat untuk menggugat segmen C-SUV sedia ada.

Tekton merupakan produk kedua yang terhasil di bawah strategi Satu Kereta, Satu Dunia ( ‘One Car, One World’ ) Nissan Motor India.

Ia akan dikeluarkan secara kerjasama dengan Renault di kilang Chennai, India, untuk pasaran domestik serta untuk eksport ke pasaran global terpilih pada masa hadapan.

Sebelum ini, Nissan turut menghasilkan SUV Magnite di India dan dieksport ke merata pasaran dunia.

Reka Bentuk Diinspirasikan Daripada Nissan Patrol Legenda

Tekton mendapat inspirasi reka bentuk yang ketara daripada model SUV mereka yang paling ikonik dan tahan lama, iaitu Patrol yang terkenal dengan keupayaan menakluk pelbagai jenis rupa bumi.

Apabila diperkenalkan pada tahun hadapan, Tekton akan menggabungkan rupa paras yang berani, reliabiliti yang meyakinkan, mutu binaan premium serta himpunan ciri-ciri teknologi canggih.

Di bahagian hadapan, Tekton menampilkan bonet yang direka gah dan lampu hadapan dengan tanda berbentuk C yang unik dan mengingatkan kepada Patrol.

Ini dipadankan dengan bampar bawah yang kelihatan sasa, menghasilkan penampilan berwibawa dan mengagumkan, walaupun saiznya sederhana.

Profil sisi menyerlahkan postur sasa yang direka khas untuk mencipta siluet yang mudah dikenali di jalan raya.

Sebagai penghargaan kepada rantau

Sebagai tanda hormat kepada lokasi model ini lahir, pintu hadapan Tekton direka dengan aksen C-Berkembar. Aksen ini menggabungkan corak halus banjaran gunung yang mendapat ilham daripada Pergunungan Himalaya.

Di bahagian belakang, terdapat bar lampu beriluminasi merah terang yang merentangi lebar badan, memberi gaya kukuh dan menyambungkan lampu belakang berbentuk C.

Nama model Tekton turut dipaparkan dengan jelas merentasi pintu but di bawah bar lampu tersebut.

Falsafah Nama dan Aspirasi

Alfonso Albaisa, Eksekutif Korporat Nissan Motor Co., Ltd., menyatakan, Tekton serba baharu diilhamkan reka bentuknya daripada Nissan Patrol yang legenda. Ia direka untuk mengganggu, mendominasi dan memenuhi segala yang dihajati oleh pengguna moden hari ini.

Reka bentuk dan kualiti binaannya, yang ditetapkan untuk menjadi penanda aras baharu di India dan di seluruh dunia, jelas mencerminkan DNA SUV terbaik Nissan.

Nama Tekton berasal daripada bahasa Greek, bermaksud karyawan atau arkitek. Nama ini melambangkan C-SUV premium yang berkuasa, merangkumi kecemerlangan kejuruteraan, prestasi dan identiti reka bentuk yang tersendiri.

Rancangan Perkembangan

Tekton akan memainkan peranan penting dalam rancangan Nissan Motor India untuk mengukuhkan kehadiran dan memperluaskan portfolio produk mereka di negara tersebut.

Selaras dengan perkembangan ini, Nissan Motor India sedang giat memperluaskan rangkaian pengedarannya. Maklumat lanjut mengenai model ini, termasuk pengesahan pasaran eksport akan diumumkan kelak.

Kredit gambar: Nissan

Nissan Tekton 2025.01
Nissan Tekton 2025.02
Nissan Tekton 2025.03

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nissan, Nissan Tekton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev