• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888

Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888

October 7, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Kove 800X GT dan 450 Rally lancar di Malaysia

JENAMA motosikal prestasi tinggi dari China, Kove Moto rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi acara Kove Brand and New Model Launch 2025 yang berlangsung di KEV Advenduro, Rawang.

Pelancaran itu turut memperkenalkan dua model baharu, advencer Kove 800X GT dan naked bike Kove 450R, selain model terdahulu Kove 450 Rally yang kini sedia ditawarkan untuk pasaran tempatan.

MDua Motor Dilantik Pengedar Eksklusif Kove di Malaysia

Kove Moto bakal dikendalikan subsidiari AFY Mobility Industries (AMI), MDua Motor Sdn Bhd yang diumumkan sebagai pengedar tunggal dan eksklusif jenama itu di Malaysia.

Walaupun kebanyakan model Kove ketika ini adalah diimport sepenuhnya (CBU), kerjasama strategik bersama AMI memastikan setiap motosikal Kove akan disokong perkhidmatan selepas jualan lengkap, termasuk penyediaan alat ganti, jaminan rasmi dan pemasangan tempatan (CKD) pada masa akan datang , seiring piawaian global Kove .

Jenama Muda, Jiwa Perlumbaan

Ditubuhkan seorang peminat perlumbaan tegar di China pada 2017, Kove Moto cepat mencuri perhatian dunia dengan pendekatan 'Focus on Performance' yang menekankan kejuruteraan tulen, ringan dan berdaya saing.

Dengan keupayaan kajian dan penyelidikan (R&D), rekabentuk dan pembuatan serba lengkap di bawah satu bumbung, KOVE kini sinonim dengan motosikal prestasi tinggi yang direka bukan sekadar untuk jalan raya, tetapi juga untuk pentas perlumbaan global.

Kove 800X GT - Adventure Premium 97hp

Kove 800X GT hadir sebagai jentera pengembaraan serba canggih dengan enjin dwi-silinder sebaris 799cc berkuasa 97hp dan tork 80Nm.

Model itu dilengkapi sistem tunggangan multi-mod, terotel elektronik, dan suspensi KYB untuk keselesaan optimum di laluan jauh.

Dengan berat kering sekitar 195kg, Kove 800X GT bukan saja sesuai untuk tunggangan jauh dan lama, tetapi terbukti berdaya tahan menempuh pelbagai perlumbaan antarabangsa.

Dijual pada harga RM48,888 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans), dan 20 pembeli terawal ditawarkan set kotak sisi (pannier box) eksklusif percuma.

Kove 450R - Naked Bike 4-Silinder Paling Mengancam

Kove 450R tampil sebagai naked bike yang menampilkan enjin 4-silinder sebaris 443cc, berkuasa 65.3hp dan tork 40Nm, dengan berat hanya 164kg, sekali gus sebagai antara motosikal paling ringan dan berkuasa dalam kelas.

Dengan kelajuan maksimum 205kmj, Kove 450R menawarkan pecutan agresif dan kawalan lincah yang sesuai untuk penunggang yang mencari adrenalin tulen di jalan raya. Harga rasmi ditetapkan pada RM33,888.

Kini Dipamer di Petaling Jaya

Semua model Kove termasuk 450 Rally kini boleh dilihat di bilik pameran AMI Bumirai Showroom, PJ222 Petaling Jaya.

Kemasukan rasmi Kove ke Malaysia membuka lembaran baharu kepada peminat motosikal tempatan, khususnya mereka yang mahukan jentera dua roda prestasi tinggi pada harga kompetitif, iaitu kombinasi yang semakin mendapat tempat di pasaran motosikal moden masa kini.

Pelancaran Kove 800X GT dan Kove 450R
Kove 800X GT dan 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 800X GT dan 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 800X GT dan 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 800X GT
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 800X GT lancar di Malaysia
Kove 450R
Kove 450R lancar di Malaysia
Kove 450R lancar di Malaysia
Kove 450R lancar di Malaysia
Kove 450R lancar di Malaysia
Kove 450R lancar di Malaysia
Kove 450R lancar di Malaysia
Kove 450R lancar di Malaysia
Kove 450R lancar di Malaysia
Kove 450R lancar di Malaysia
Kove 450R lancar di Malaysia
Kove 450 Rally
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia
Kove 450 Rally lancar di Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AFY Mobility Industries (AMI), Kove, Kove 450R, Kove 800X GT, Kove Motor, MDua Motor Sdn Bhd, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
    Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev