• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thailand-Malaysia Uji Tren MySawasdee, Lancar Hujung Tahun Ini!

Thailand-Malaysia Uji Tren MySawasdee, Lancar Hujung Tahun Ini!

October 6, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PENGENDALI kereta api di Thailand, State Railway of Thailand (SRT) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selesai melaksanakan ujian tren pelancongan rentas sempadan ‘MySawasdee’ menjelang pelancaran rasmi hujung 2025 ini.

Gabenor SRT, Veeris Ammarapala berkata, ujian percubaan itu dijalankan dari 21 hingga 23 September lalu melibatkan perjalanan tren MySawasdee antara stesen Padang Besar, Perlis hingga ke Surat Thani, Thailand.

Ujian yang berjaya ini menandakan satu lagi langkah penting dalam mempromosi pelancongan berasaskan kereta api selain memperkukuh hubungan ekonomi, budaya dan persahabatan antara kedua-dua negara jiran.”

Perancangan Operasi Tetap Disember 2025

Veeris menjelaskan, ketika Persidangan Bersama KTMB-SRT ke-43 pada Ogos lalu, kedua-dua pihak bersetuju dengan rangka kerja awal bagi memulakan operasi tren tetap sekitar Disember 2025.

Dalam ujian tersebut, tren MySawasdee dikendalikan menggunakan lokomotif jenis QSY milik SRT, merangkumi laluan Padang Besar-Surat Thani sebelum kembali semula pada 23 September.

Fokus Keselamatan, Piawaian Teknikal

Ujian meliputi pelbagai aspek teknikal seperti ukuran jarak antara tren dan platform, jarak roda, ketinggian gerabak serta sistem brek bagi memastikan ia menepati piawaian keselamatan sebelum operasi rasmi dimulakan.

Selain itu, SRT turut merancang ujian percubaan di laluan Bangkok-Butterworth, manakala KTMB bakal mengendalikan tren ujian tiga gerabak (satu gerabak berkuasa dan dua gerabak penumpang) di laluan Bangkok-Padang Besar sebagai persediaan pelancaran rasmi.

Lebih Pilihan Perjalanan Penumpang

Pelanjutan perkhidmatan tren MySawasdee hingga ke Surat Thani bukan saja memberi pengalaman perjalanan baharu kepada penumpang, tetapi juga membuka lebih banyak pilihan perjalanan, merangsang nilai ekonomi dan memperkukuh hubungan budaya serta sosial antara Thailand dan Malaysia,”tambah Veeris.

Pada masa ini, tren MySawasdee yang menghubungkan Kuala Lumpur-Hatyai hanya beroperasi pada musim cuti.

MySawasdee Buka Era Baharu Pelancongan Rel Rentas Sempadan

Kejayaan ujian tren MySawasdee membuktikan potensi besar pelancongan rentas sempadan Malaysia-Thailand berasaskan kereta api.

Dengan pelancaran rasmi dijangka hujung 2025, rakyat kedua-dua negara bakal menikmati lebih banyak pilihan perjalanan yang bukan saja selesa, tetapi lebih mesra alam dan berdaya saing dari segi ekonomi.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), MySawasdee, State Railway of Thailand (SRT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev