• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Tambah Dua Tren ETS Sempena Deepavali, Mula 17 Oktober Ini

KTMB Tambah Dua Tren ETS Sempena Deepavali, Mula 17 Oktober Ini

October 6, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

KTMB tambah dua tren ETS sempena sambutan Deepavali

SEMPENA sambutan Deepavali pada 20 Oktober ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan tambahan dua tren elektrik (ETS) bagi laluan Padang Besar - KL Sentral dan sebaliknya.

Dalam kenyataan rasmi, perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi enam hari berturut-turut bermula 17 hingga 22 Oktober 2025, dengan jualan tiket mula dibuka Selasa ini (7 Oktober 2025), jam 10 pagi.

630 Tempat Duduk Tambahan Sehari


KTMB memaklumkan tren tambahan itu menawarkan 630 tempat duduk sehari, termasuk koc kelas perniagaan. Secara keseluruhan, 3,780 tempat duduk tambahan disediakan sepanjang tempoh operasi berkenaan.

Langkah itu bertujuan menampung permintaan tinggi ketika musim perayaan, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan jalan raya bagi mereka yang mahu pulang ke kampung halaman.

Jadual Perjalanan Tren Tambahan

  • Padang Besar - KL Sentral: Berlepas jam 11.05 pagi, tiba jam 4.30 petang
  • KL Sentral - Padang Besar: Berlepas jam 5.00 petang, tiba jam 10.20 malam

Saranan Buat Penumpang

KTMB menyarankan orang ramai membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman web rasmi KTMB. Pembayaran menggunakan KTM Wallet turut digalakkan bagi mempercepat proses pembelian.

Selain itu, penumpang juga disaran:

  • Membuat pembelian tiket lebih awal untuk menikmati tambang fleksi lebih jimat
  • Mengelakkan pembelian saat akhir yang berisiko tiket habis
  • Hadir di stesen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tren berlepas kerana pintu masuk ditutup 5 minit sebelum waktu pelepasan.

Orang ramai boleh melayari laman rasmi www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Pilihan Bijak Pulang Beraya Dengan ETS

Tambahan dua tren ETS sempena Deepavali itu memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk pulang ke kampung halaman dengan selesa dan cepat.

Selain membantu mengurangkan kesesakan jalan raya, penggunaan tren juga lebih mesra alam dan menjimatkan masa. Jadi, rancang perjalanan lebih awal dan pastikan tiket dibeli segera sebelum habis terjual!

SUMBER: FB KTMB

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Deepavali 2025, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), KTMB Mobile (KITS), Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my