• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Z1100, Z1100 SE 2026 dengan Enjin, Teknologi Dinaik Taraf Lancar di Pasaran Global

Kawasaki Z1100, Z1100 SE 2026 dengan Enjin, Teknologi Dinaik Taraf Lancar di Pasaran Global

October 6, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Kawasan Z1100 dan Z1100 SE 2026 diperkenalkan

SELEPAS beberapa tahun tanpa pengganti sejak menghentikan pengeluaran Z1000 pada 2020, Kawasaki kini kembali dengan model 2026 serba baharu, Kawasaki Z1100 dan versi lebih premium Z1100 SE.

Kedua-dua streetfighter itu mengekalkan rekabentuk agresif Sugomi yang kini tampil lebih segar dengan silenser ekzos lebih kemas bagi memenuhi piawaian emisi Euro 5+.

Enjin, Prestasi Dinaik Taraf

Kawasan Z1100 dan Z1100 SE 2026 diperkenalkan
Kawasaki Z1100 SE 2026

Model tersebut menerima naik taraf enjin dengan piston, spring injap dan aci sesondol (camshaft) baharu yang menghasilkan output kuasa 134hp @ 9,000rpm dan tork 112.5Nm @ 7,600rpm.

Kotak gear dilengkapi sistem bantuan klac antigelincir Assist & Slipper (ASC) untuk tunggangan lebih lancar, manakala sistem terotel elektronik Ride-by-Wire membolehkan model tersebut memiliki ciri mod tunggang dan kawalan jelajah.Unit unjuran inersia (IMU) pula menguruskan sensitiviti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) mengikut sudut miring dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Teknologi, Ciri Lebih Mewah

Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026

Antara pembaharuan diberikan ialah panel meter TFT 5 inci dengan konektiviti Bluetooth. Versi Z1100 SE menampilkan ciri lebih mewah dengan fork Showa emas di depan, dan monoshock Öhlins S46 boleh laras (belakang), kaliper brek monoblok Brembo berserta hos keluli tahan karat, serta pilihan warna eksklusif.

Kedua-dua varian memiliki berat sama, 221kg.

Warna, Harga Anggaran

Kawasaki Z1100 2026
Kawasaki Z1100 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026
  • Kawasaki Z1100 - £11,099 (RM62,820), pilihan warna Ebony/Metallic Carbon Gray
  • Kawasaki Z1100 SE - £12,699 (RM71,870), pilihan warna Metallic Matte Graphenesteel Gray/Metallic Matte Carbon Gray dengan rim hijau

Pesaing Utama Honda CB1000 SP?

Di pasaran Britain, model tersebut bakal berentap dengan Honda CB1000 SP, yang dipasarkan pada harga £9,999 (RM56,590), manakala di Malaysia dijual sekitar RM69,999.

Gabungan gaya streetfighter klasik Kawasaki dengan teknologi moden, meletakkan Z1100 dan Z1100 SE sebagai taruhan utama pengeluar dari Jepun itu dalam segmen motosikal kapasiti besar bermula 2026.

Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 dan Z1100 SE 2026 diperkenalkan
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasan Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 2026
Kawasaki Z1100 SE 2026
Kawasaki Z1100 2026
Kawasaki Z1100 2026
Kawasaki Z1100 2026
Kawasaki Z1100 2026
Kawasaki Z1100 2026
Kawasaki Z1100 2026
Kawasaki Z1100 2026
Kawasaki Z1100 2026

SUMBER: Kawasaki.eu

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki EU, Kawasaki Z1100, Kawasaki Z1100 SE, Kawasakn Z1100 2026, Kawasakn Z1100 SE 2026, roda2, Supernaked

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my