• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

October 10, 2025 By Han Othman Leave a Comment

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Denza D9 Trade-Up Programme

JIKA anda tengah berfikir mahu menukar kenderaan pelbagai guna (MPV) lama kepada model lebih premium, dan moden dalam versi elektrifikasi, sekaranglah masa terbaik!

Sepanjang Oktober ini, Denza Malaysia melancarkan kempen eksklusif Program Naik Taraf  (Trade-Up Program) sebagai peluang untuk anda menaik taraf kepada MPV elektrik mewah Denza D9 dengan menikmati nilai tukar beli hingga RM15,000!

Tawaran Eksklusif kepada Pemilik Baharu Denza D9

Denza D9 Trade-Up Programme

Dengan setiap pembelian Denza D9 sepanjang Oktober ini, anda dapat menikmati pakej nilai luar biasa:

  • Tukar beli MPV lama anda dengan mendapatkan nilai hingga RM15,000*
  • Pengecas dinding (wallbox) 22kW dengan pemasangan profesional
  • Pakej servis percuma 6 tahun atau 120,000km
  • Waranti 6 tahun untuk ketenangan fikiran menyeluruh

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Denza D9 - Standard Baharu MPV Elektrik Mewah di Malaysia

Dikenali sebagai MPV EV mewah paling laris di Malaysia, Denza D9 bukan sekadar kenderaan, tetapi simbol gaya hidup moden. Dengan rekabentuk mengambil ilham gaya elegan Eropah dan teknologi canggih hasil kerjasama BYD dan Mercedes-Benz, MPV itu menetapkan penanda aras baharu dalam segmen EV premium.

Antara kelebihan utama Denza D9:

  • Jarak pemanduan hingga 600km (NEDC), tidak perlu risau untuk mengecas setiap hari
  • Ruang kabin premium dengan tempat duduk barisan kedua multifungsi dan disediakan peti sejuk terbina dalam
  • Kokpit dengan paparan digital penuh yang disepadu sistem infotainmen terkini
  • Suspensi DiSus-C memberikan pemanduan lebih lembut dan stabil di setiap selekoh
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) menjamin keselamatan setiap perjalanan

Kenapa Patut Tukar Beli Sekarang?

Cuba bayangkan anda menyerahkan MPV lama, dan terus menaik taraf kepada kenderaan elektrik mewah yang lebih senyap, luas dan bebas emisi. Malah dapat pula servis percuma selama enam tahun yang sememangnya memberikan ketenangan minda sepenuhnya sepanjang memiliki MPV tersebut.

Denza bukan saja menjual kenderaan, tapi pengalaman pemilikan bertaraf dunia, dan direka untuk famili moden serta profesional yang mahukan keseimbangan antara gaya hidup, keselesaan dan teknologi hijau.

Rasai Sendiri di Showroom Denza Berhampiran

Program tukar beli ini terhad sepanjang Oktober sahaja. Anda boleh alami sendiri kehebatan Denza D9 di pusat pameran rasmi di seluruh Malaysia seperi berikut:

📍 DENZA Old Klang Road
📍 DENZA KL North
📍 DENZA Glenmarie
📍 DENZA KLCC
📍 DENZA Balakong
📍 DENZA Melaka
📍 DENZA Skudai
📍 DENZA Penang

Langkah ke Masa Depan Bermula di Sini

Jangan sekadar tukar kereta, jom trade-up ke dunia mobiliti elektrik sebenar!

Kunjungi www.denza.com/my untuk maklumat lanjut atau terus ke showroom terdekat untuk pandu uji dan alami sendiri definisi semua maksud sebenar kemewahan elektrik.

Related

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: DENZA D9, Denza Malaysia, Denza Trade-Up Program, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPEV, MPV Elektrik, Program Naik Taraf Denza D9, Roda4, Trade-UP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my