CHERY Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan dengan pengenalan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid plug-in (PHEV) terbaharu, Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV.
Kedua-dua model itu dikuasakan teknologi hibrid terkini Chery Super Hybrid (CSH) yang menjanjikan gabungan prestasi, kecekapan bahan api, dan keselamatan kelas dunia.
Teknologi Chery Super Hybrid (CSH)
Chery membangunkan platform hibrid khas CSH yang menggabungkan tiga komponen utama:
i. Enjin Hibrid ACTECO 1.5TGDi (Generasi ke-5)
- Kecekapan terma 44.5 peratus, antara tertinggi dunia
- Menawarkan penjimatan bahan api optimum dengan kuasa maksimum
ii. Kotak gear Dedicated Hybrid Transmission (DHT)
- Sistem transmisi pintar dengan dwi-motor elektrik
- Memberi pengalaman pemanduan lancar dengan jarak perjalanan hingga 1,200km (gabungan petrol + elektrik)
- Boleh berfungsi dalam mod EV sepenuhnya atau hibrid mengikut gaya pemanduan
iii. Sistem bateri LFP 18.3kWj
- Bateri lithium-besi-fosfat (LFP) berkapasiti tinggi
- Mampu menawarkan pemanduan elektrik penuh (EV Mode)
- hingga 90km
- Sokongan pengecasan pantas, lebih tahan lama, dan selamat
Guardian Battery Safety System Beri Perlindungan Maksimum
Chery turut menitikberatkan aspek keselamatan bateri menerusi sistem Sistem Keselamatan Bateri Guardian (Guardian Battery Safety System), seperti:
- Pemutus kuasa voltan tinggi (high-voltage power cutoff): Bekalan kuasa dimatikan segera apabila berlaku kemalangan
- Pek bateri IP68: Kalis habuk dan air, mampu bertahan suhu hingga 95°C
- Pengecasan pantas: Mampu mengecas 30 - 80 peratus sepantas 19 minit
- Kebolehan redah banjir: Mampu mengharung kedalaman air hingga 500mm
- Suhu operasi luas: Kemampuan operasi -35°C - 60°C
PHEV untuk Gaya Hidup Moden
Kombinasi elektrik dan petrol membolehkan Tiggo 7 PHEV serta Tiggo 8 PHEV memberikan pemanduan responsif dengan tork segera yang sesuai untuk pemanduan bandar atau lebuh raya. Konsep 'Empower Every Journey' membuktikan kedua-dua SUV itu direka untuk pemanduan:
- Lebih jauh (jarak hingga 1,200km)
- Lebih selamat (sistem bateri dilindungi sepenuhnya)
- Lebih pintar (mod hibrid dan elektrik fleksibel)
- Tanpa kompromi dari segi keselesaan dan prestasi
Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata;
Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV akan menetapkan penanda aras baharu bagi SUV PHEV di Malaysia, dengan kombinasi prestasi, keselamatan dan jarak pemanduan terbaik dalam kelas."
Tempahan Dibuka - Pandu Uji Hari Ini
Orang ramai kini boleh membuat tempahan awal Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV di semua bilik pameran Chery seluruh negara atau secara dalam talian di www.chery.my.
Pandu uji juga disediakan untuk memberi peluang kepada pelanggan merasai sendiri kehebatan teknologi CSH.
Leave a Reply