• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BUDI95: Pemandu e-Hailing, Pemilik Bot Dapat Manfaat Tambahan Mulai 15 Oktober

BUDI95: Pemandu e-Hailing, Pemilik Bot Dapat Manfaat Tambahan Mulai 15 Oktober

October 2, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025

KERAJAAN mengumumkan berita baik buat pemandu e-hailing sepenuh masa dan pengendali bot berdaftar yang akan menerima manfaat tambahan subsidi petrol RON95 melalui program BUDI95 bermula 15 Oktober ini tanpa perlu membuat permohonan individu.

Kementerian Kewangan berkata, proses itu akan dilaksanakan secara berkelompok melalui syarikat pengendali e-hailing (EHO), manakala bagi pemilik bot pula, Kerajaan bekerjasama dengan agensi negeri seperti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah bagi mengenal pasti penerima layak.

300 Liter Subsidi Diperbaharui Setiap Bulan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

Mulai 1 Oktober 2025, setiap warganegara yang layak akan terus menerima had 300 liter petrol RON95 bersubsidi setiap bulan, diperbaharui secara automatik pada hari pertama setiap bulan.

Sejak pelaksanaan berperingkat pada 27 September lalu, program itu mendapat sambutan hangat dengan lebih tiga juta pengguna menikmati harga RM1.99/liter. Setakat jam 6 petang semalam, 42.3 juta liter petrol bersubsidi direkodkan, melibatkan nilai transaksi RM84.2 juta, manakala Kerajaan menyalurkan RM27.8 juta subsidi kepada rakyat.

Secara keseluruhan, sehingga kini 128.4 juta liter petrol dijual di bawah skim BUDI95 dengan nilai transaksi RM255.6 juta, membabitkan RM67 juta subsidi.

Kerajaan Kekal Komited Pantau BUDI95

Logo BUDI95

Kementerian Kewangan menegaskan, kelancaran operasi BUDI95 kekal menjadi keutamaan. Program subsidi bersasar itu akan terus dipantau bersama agensi berkaitan, dengan penambahbaikan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan manfaat sampai terus kepada rakyat.

Orang ramai boleh merujuk FAQ melalui portal rasmi BUDI MADANI atau menghubungi talian bantuan 1-300-88-9595 dan WhatsApp +603-2631 4595. Portal tersebut turut menyediakan ciri semakan rekod transaksi melalui MyDigital ID untuk menjamin keselamatan data peribadi pengguna.

Kepada pemandu e-hailing dan pemilik bot, jangan risau kerana manfaat tambahan BUDI95 bakal menyusul pertengahan Oktober ini!

SUMBER: KementerianKewangan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Madani RON95 (BUDI95), BUDI95, pemandu E-Hailing, subsidi petrol RON95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my