• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Supermoped SYM VFE 185i Dilancarkan di Malaysia, Dari RM9,988

Supermoped SYM VFE 185i Dilancarkan di Malaysia, Dari RM9,988

October 2, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JENAMA SYM Malaysia sekali lagi menghangatkan pasaran dua roda dengan pelancaran SYM VFE 185i, sebuah moped berkapasiti besar. Model ini menawarkan gabungan gaya sporty, prestasi bertenaga dan teknologi moden.

SYM VFE 185i dijual pada harga RM9,988.00 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) dengan tiga pilihan warna putih, hijau dan biru.

Enjin & Prestasi

Dikuasakan enjin 183cc silinder tunggal, 4-lejang, SOHC, VFE 185i menghasilkan kuasa maksimum 14.7kW (lebih kurang 19.7hp) @ 9,000rpm tork maksimum. 17.46Nm @ 7,500rpm.

Nisbah mampatan: 11.1:1 dipadankan dengan piston dan lejang 63.5mm x 57.8mm bersama transmisi 6-kelajuan dengan pacuan rantai.

Dimensi & Kapasiti

SYM VFE 185i mempunyai ukuran dimensi yang seimbang dengan panjang 2,000mm, lebar 740mm dan tinggi 1,150mm. Jarak rodanya ialah 1,305mm dengan ketinggian pelana 800mm serta kelegaan tanah 135mm. Berat keseluruhan hanyalah 135kg, manakala kapasiti tangki bahan apinya mampu menampung sehingga 7 liter.

Casis, Suspensi & Brek

  • Suspensi depan: Fork teleskopik (80mm)
  • Suspensi belakang: Monoshock (32mm)
  • Brek depan: Cakera 250mm ABS
  • Brek belakang: Cakera 200mm ABS
  • Tayar depan: 90/80-17 tubeless
  • Tayar belakang: 120/80-17 tubeless

Ciri-Ciri Moden

SYM VFE 185i turut dilengkapi dengan pelbagai ciri moden untuk menambah nilai praktikaliti dan gaya. Model ini menggunakan lampu penuh LED merangkumi lampu utama, belakang, signal dan lampu hazard. Ia hadir dengan meter digital LED berwarna yang mudah dibaca serta sistem kunci pintar (smart key) untuk kemudahan tambahan. Turut ditawarkan ialah port pengecas USB Type-A QC 3.0, lampu nombor plat LED, serta sokongan kuasa daripada bateri 12V6A.

Keselesaan & Praktikaliti

Dengan berat ringan serta saiz sesuai untuk pelbagai penunggang, model ini menawarkan tunggangan mudah dikawal, sesuai untuk perjalanan harian mahupun jarak jauh.

Jaminan Pembelian

Setiap pembelian SYM VFE 185i didatangkan dengan:

  • Jaminan 2 tahun / 20,000km (yang mana tiba dahulu)
  • Akses alat ganti tulen secara atas talian melalui Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
SYM 185 VFEi 1
SYM 185 VFEi 2
SYM 185 VFEi 3
SYM 185 VFEi 4
SYM 185 VFEi 5
SYM 185 VFEi 6
SYM 185 VFEi 7
SYM 185 VFEi 8
SYM 185 VFEi 9
SYM 185 VFEi 10
SYM 185 VFEi 11
SYM 185 VFEi 12
SYM 185 VFEi 13
SYM 185 VFEi 14
SYM 185 VFEi 15

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Moped, Supermoped, SYM Malaysia, SYM VFE 185i

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev