• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter SYM NAGA 155 dengan Rekabentuk Sisik Ular Lancar di Malaysia, Harga RM8,888

Skuter SYM NAGA 155 dengan Rekabentuk Sisik Ular Lancar di Malaysia, Harga RM8,888

October 2, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Skuter SYM Naga 155 lancar di Malaysia

SYM Malaysia memperkenalkan model skuter kompak terbaharu, SYM NAGA 155 di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South sempena acara Mforce Mid-Autumn Gala pada harga RM8,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Skuter itu hadir dengan rekabentuk unik berilhamkan sisik ular yang memberikan identiti tersendiri berbanding skuter lain di pasaran dalam empat warna pilihan menarik: Matte Green (hijau), Black (hitam), White (putih) dan Silver (perak).

Enjin, Prestasi

Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Matte Green
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Black
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
White
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Silver

SYM NAGA 155 dikuasakan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 149.6cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 10.6kW (14.2hp) @ 8,000rpm, dan tork 13Nm @ 7,500rpm.

Sistem transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat dan klac automatik sentrifugal. Berikut spesifikasi lain:

Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
  • Memiliki dimensi panjang 1,995mm, lebar 760mm, dan tinggi 1,125mm, manakala jarak roda 1,385mm
  • Tinggi pelana: 800mm
  • Jarak tinggi bumi: 125mm
  • Berat: 144kg
  • Kapasiti tangki petrol: 7.3 liter

Casis, Suspensi dan Brek

Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
  • Sistem suspensi fork teleskopik dengan jarak travel 90mm di depan, dan monoshock dengan travel 37mm (belakang)
  • Sistem brek tunggal 260mm di depan, dan cakera tunggal 233mm (belakang). Kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bahagian roda dipasang rim 13 inci dengan tayar tiubles 120/70-R13 di depan, dan 130/70-R13 (belakang)

Ciri Moden

Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia

SYM NAGA 155 dilengkapi pelbagai ciri model skuter masa kini seperti:

  • Rekabentuk sisik, dan taring ular eksklusif
  • Lampu LED penuh pada lampu utama, belakang, kecemasan (hazard), dan signal belok
  • Panel meter digital warna penuh
  • Sistem penghidup tanpa kunci (keyless) menggunakan kunci pintar
  • Port pengecas USB QC 3.0, Type-C dan Type-A
  • Bateri 12V6.5Ah

Praktikaliti, Keselesaan

Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
  • Ruang simpanan bawah pelana dapat memuatkan satu helmet muka penuh
  • Poket depan dengan pemegang cawan
  • Peg kaki dan cangkuk tersembunyi
  • Busa pelana jenis kepadatan tinggi dengan pembahagi pembonceng
  • Turut dilengkapi Sistem Kawalan Traksi (TCS)

Waranti Pembelian

Setiap pembelian SYM NAGA 155 didatangkan dengan pakej waranti dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu), termasuk akses alat ganti tulen secara dalam talian melalui MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Silver
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Black
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
White
Skuter SYM NAGA 155 lancar di Malaysia
Matte Green

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, MForce Bike Holding Sdn Bhd, roda2, Skuter kompak, SYM Malaysia, SYM Naga 155

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Skuter SYM NAGA 155 dengan Rekabentuk Sisik Ular Lancar di Malaysia, Harga RM8,888
    Skuter SYM NAGA 155 dengan Rekabentuk Sisik Ular Lancar di Malaysia, Harga RM8,888
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev