• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Legenda Rali Kumpulan B Kembali: Tolman Engineering Hidupkan Semula Jentera Homologasi Khas

Legenda Rali Kumpulan B Kembali: Tolman Engineering Hidupkan Semula Jentera Homologasi Khas

October 2, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PAKAR automotif UK, Tolman Engineering, kini menawarkan perkhidmatan pentauliahan semula (recommissioning) yang untuk mengembalikan kereta homologasi khas Kumpulan B (Group B) dalam keadaan baik.

Perkhidmatan ini membolehkan peminat merasai semula keseronokan pemanduan jentera legenda ini, beralih daripada status sebagai koleksi statik kepada kereta jalan raya yang dinamik dan berkemampuan.

Era Emas Rali dan Cabaran Homologasi

Kumpulan B dikenali sebagai era keemasan rali dunia antara tahun 1982 hingga pengharamannya pada tahun 1986.

Peraturan yang fleksibel membolehkan pengeluar seperti Lancia, Ford, Peugeot, MG, dan Citroën membina 200 unit versi jalan raya (homologasi khas) bagi kereta lumba mereka.

Dengan kekangan masa yang ketat dan fokus utama pada pembinaan kereta lumba yang kompetitif dengan berat rendah, aspek kualiti dan reabiliti sering tidak diutamakan dan menyumbang kepada pengalaman pemanduan jalan raya yang 'raw' namun tidak sempurna.

Selepas pengharaman pada 1986, banyak kereta jalan raya ini sama ada diubah suai untuk kategori lain seperti ralikros, perlumbaan bukit dan ais atau dijadikan replika rali.

Tanpa sokongan Pengeluar Peralatan Asal (OEM), jentera yang tinggal menjadi kurang digunakan, memburukkan lagi masalah kekurangan alat ganti sukan permotoran yang jarang ditemui.

Program Pentauliahan Semula Tolman

Tolman Engineering, yang terkenal dengan program Tolman Edition mereka yang meningkatkan pelbagai klasik moden, kini menerapkan kepakaran ini pada kereta derivatif jalan raya khas homologasi Kumpulan B.

Dua projek telah berjaya diselesaikan:

  • Ford RS200: Sebuah unit dengan jarak perbatuan 1,931 kilometer (1,200 batu) telah ditauliahkan semula dengan jayanya.
  • Peugeot 205 T16: Projek ini telah selesai dan akan dipamerkan di Hagerty’s Club House semasa Bicester Heritage’s October Scramble pada 5 Oktober.

Kereta seterusnya yang akan mendapat perkhidmatan pentauliahan ialah Renault 5 Turbo 2.

Pembangunan Alat Ganti Baharu untuk Reliabiliti

Untuk mengatasi masalah kekurangan alat ganti dan reliabiti, Tolman telah membangunkan alat ganti baharu khusus untuk model-model ini.

Sama seperti rangkaian aksesori Tolman yang telah dibangunkan untuk Peugeot 205 GTi, alat ganti ini akan meningkatkan prestasi pemanduan, keseronokan dan reabiliti, menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih hampir dengan keseronokan yang dijangkakan sepertimana kereta kompetitif mereka beraksi.

Peugeot 205 T16:

  • Kit takal dan pemasaan tali sawat aci sesondol yang ditempah khas (cambelt timing and pulley kit)
  • Sesendal bar anti-oleng hadapan (anti-roll bar bush).
  • Paip penyejuk daripada CNC.
  • Pembinaan semula transmisi secara dalaman, menggunakan nisbah (gear) stok lama dan baharu, asli kilang.

Ford RS200:

  • Peningkatan Unit Kawalan Enjin Elektronik (ECU) untuk meningkatkan reabiliti dan kebolehpanduan. Perkhidmatan peningkatan ECU ini juga tersedia untuk mana-mana model Kumpulan B dengan suntikan bahan api.

Selain itu, projek-projek ini menggunakan pembekal Tolman untuk menmbina semula komponen seperti peredam atau membekalkan barangan baharu yang tepat, termasuk tayar Michelin 210 5.5 R 390 TRX.

Chris Tolman, pengasas Tolman Engineering, menjelaskan bahawa komponen getah seperti tali sawat, pengedap enjin/drivetrain, dan saluran bahan api akan merosot dari semasa ke semasa, menyebabkan kereta berpotensi tidak selamat atau tidak reliabel.

Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk membolehkan pemilik memanfaatkan sepenuhnya kereta mereka.

Falsafah Kejuruteraan dan Perancangan Masa Depan

Tolman komited untuk melakukan penambahbaikan yang tidak mengubah ciri asal dan menggunakan teknologi kejuruteraan moden. Ini memastikan keaslian kereta terpelihara dan pada masa yang sama meningkatkan kebolehgunaannya.

Pendekatan ini telah menarik minat daripada peminat sukan permotoran lain, dengan projek-projek seperti Mitsubishi Lancer Kumpulan A dan kereta rali MGB bersejarah.

Tolman menegaskan bahawa pengetahuan mereka boleh digunakan pada hampir mana-mana model untuk meningkatkan pengalaman pemanduan, kebolehpercayaan, dan prestasi.

Chris Tolman, founder and managing director, Tolman
Tolman Ford RS200 dynamic
Tolman Ford RS200 front three quarter
Tolman Ford RS200 front
Tolman Ford RS200 rear three quarter
Tolman Ford RS200 interior
Tolman Ford RS200 detail
Tolman Peugeot T16 in build 1
Tolman Peugeot T16 front
Tolman Peugeot T16 seat
Tolman Peugeot T16 interior
Tolman Peugeot T16 rear
Tolman Peugeot 205 Turbo 16 Cam belt kit XTMS-PU-2012
Tolman Peugeot 205 Turbo 16 XTMS-PU-3010
Tolman Peugeot 205 Turbo 16 Water pipes XTMS-PU-2015

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Bikin Kereta Tagged With: Group B, Tolman, Tolman Engineering

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev