• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas

MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas

October 1, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL

SEMPENA acara MForce Mid-Autumn Gala di Courtyard Kuala Lumpur South, MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce) melancarkan jenama minyak pelincir baharu, MFORCE OIL hasil kerjasama strategik bersama Petronas.

Pelancaran tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce Bike, Asri Ahmad, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Mohd Zameer Zahur Hussain.

Variasi Produk MFORCE OIL

MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL

MFORCE OIL ditawarkan dalam lapan (8) variasi minyak pelincir untuk memenuhi keperluan motosikal pelbagai segmen:

  • FS 15W-50 SN MA2 (16X1L) - sintetik penuh - RM58 (SM) RM56 (SS)
  • SS 15W-50 SN MA2 (16X1L) - semi-sintetik - RM48 (SM) RM46 (SS)
  • SS 4T 10W-40 SN MA2 (16X1L) - semi sintetik - RM48 (SM) RM46 (SS)
  • SS AT 10W-40 SN MB (16X1L) - semi sintetik - RM48 (SM) RM46 (SS)
  • FS 4T 10W-40 SN MA2 (16X1L) - sintetik penuh - RM58 (SM) RM56 (SS)
  • FS AT 10W-40 SN MB (16X1L) - sintetik penuh - RM58 (SM) RM56 (SS)
  • SAE 40 SG MA (16X1L) - mineral - RM19 (SM) RM17 (SS)
  • SAE 20W-40 SL MA2 (16X1L) - mineral - RM27 (SM) RM25 (SS)

* (SM) Semenanjung Malaysia / (SS) Sabah,Sarawak.

Teknologi, Kualiti Taraf Antarabangsa

MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL
MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL

Kerjasama MForce dan Petronas bertujuan menghasilkan minyak pelincir motosikal berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian antarabangsa. MFORCE OIL Powered by PETRONAS diformulasi menggunakan teknologi pelincir terkini bagi memastikan:

  • Prestasi enjin lebih tahan lama
  • Kecekapan bahan api lebih baik
  • Perlindungan enjin optimum
  • Mesra alam

Produk tersebut dibangunkan khas untuk MForce dengan menggunakan minyak asas berkualiti tinggi dan teknologi aditif canggih, sekali gus menjamin prestasi konsisten dan reliabiliti maksimum.

Agihan, Arah Tuju Masa Depan

MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL
MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL

Produk MFORCE OIL akan diedarkan melalui rangkaian pengedar sah MForce seluruh negara. Langkah ini memberi nilai tambah kepada pelanggan melalui produk premium dengan jaminan kualiti.

Menerusi pelancaran itu, MForce Bike mengorak langkah lebih jauh dalam industri permotoran tempatan dengan matlamat menjadi peneraju dalam segmen minyak pelincir motosikal Malaysia. Kolaborasi bersama Petronas diyakini membuka lebih banyak peluang inovasi dan pembangunan produk baharu pada masa depan.

MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL
MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL
MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL
MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL
MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL
MForce Bike Holding lancar minyak enjin motosikal MFORCE OIL

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini, Roda2 Tagged With: aksesori, Mforce, MForce Bike, MForce Bike Holding Sdn Bhd, Mforce Oil, Minyak Enjin MForce Oil, minyak pelincir motor, Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my