• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Tawar Bayar Saman AWAS Kadar Rata RM150 di Mini Karnival MOT 2025

JPJ Tawar Bayar Saman AWAS Kadar Rata RM150 di Mini Karnival MOT 2025

September 25, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JPJ tawar kompaun khas kadar rata sempena Mini Karnival MOT di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)

ORANG ramai dijemput hadir ke Mini Karnival MOT (Hari Bertemu Pelanggan dan Kerjaya MOT) yang akan berlangsung pada 28 - 29 September 2025 di Terminal Bersepadu Gombak (TBG).

Acara anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan perkhidmatan terus daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tawaran, Perkhidmatan Disediakan

JPJ tawar kompaun khas kadar rata sempena Mini Karnival MOT di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
JPJ tawar kompaun khas kadar rata sempena Mini Karnival MOT di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)

Antara aktiviti dan tawaran istimewa menanti pengunjung ialah:

  • Pertukaran helmet lama kepada baharu
  • Tawaran bayaran saman kompaun khas kadar rata RM150 (melibatkan saman AWAS, Notis 114 dan Notis 115)
  • Pendaftaran JPJeID, dan aplikasi MyJPJ
  • Perkhidmatan Kaunter Bergerak JPJ Mobile
  • Pameran advokasi keselamatan jalan raya

Langsai Saman Khas Kadar Rata RM150

JPJ tawar kompaun khas kadar rata sempena Mini Karnival MOT di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)

Menurut JPJ, tawaran kadar rata RM150 ini terpakai kepada:

  • Saman AWAS
  • Notis 114 - pemilik saman perlu hadir temu siasat
  • Notis 115 - pemilik saman perlu hadir ke mahkamah

Kempen itu menyambung inisiatif diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook awal tahun lalu. Tempoh asal berakhir 30 Jun dilanjutkan hingga 31 Disember 2025 dengan perluasan skop termasuk saman AWAS.

Elak Disenarai Hitam, Mudah Urusan JPJ


JPJ mengingatkan pengguna jalan raya supaya mengambil peluang menyelesaikan saman tertunggak bagi mengelakkan tindakan senarai hitam yang boleh menghalang proses pembaharuan cukai jalan.

Selain menyelesaikan saman, pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai keselamatan jalan raya, menyertai aktiviti interaktif dan berurusan dengan JPJ secara terus di lokasi.

JPJ tawar kompaun khas kadar rata sempena Mini Karnival MOT di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
JPJ tawar kompaun khas kadar rata sempena Mini Karnival MOT di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
JPJ tawar kompaun khas kadar rata sempena Mini Karnival MOT di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
JPJ tawar kompaun khas kadar rata sempena Mini Karnival MOT di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
JPJ tawar kompaun khas kadar rata sempena Mini Karnival MOT di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
JPJ tawar kompaun khas kadar rata sempena Mini Karnival MOT di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)

SUMBER: FB JabatanPengangkutanJalan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Menteri Pengangkutan Malaysia, Mini Karnival MOT, Mini Karnival MOT (Hari Bertemu Pelanggan dan Kerjaya MOT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my