• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / McLaren 750S JC96 2026, Supercar Edisi Khas untuk Pasaran Jepun, 61 Unit Sahaja!

McLaren 750S JC96 2026, Supercar Edisi Khas untuk Pasaran Jepun, 61 Unit Sahaja!

September 25, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

McLaren 750S JC96 dilancarkan hanya untuk pasaran Jepun

JENAMA McLaren sekali lagi mencuri perhatian apabila memperkenalkan supercar edisi khas, McLaren 750S JC96 2026 yang hanya dijual untuk pasaran Jepun.

Model itu dilancarkan sempena tribut kepada kejayaan McLaren dalam siri perlumbaan Kejuaraan Kereta Grand Touring Seluruh Jepun (JGTC) pada 1996 selepas pasukan itu muncul juara melalui McLaren F1 GTR.

Rekabentuk Unik Ilham F1 GTR

Lark McLaren 1996 JGTC
Lark McLaren 1996 JGTC

Hanya 61 unit McLaren 750S JC96 dihasilkan yang menjadikan supercar itu antara koleksi paling eksklusif dalam barisan McLaren.

Setiap unit hadir dengan liveri 'Tiger Stripe' yang diilhamkan terus daripada jentera lumba McLaren F1 GTR (foto atas). Ciri eksklusif lain adalah:

McLaren 750S JC96 2026 dilancarkan untuk pasaran Jepun
McLaren 750S JC96 2026 dilancarkan untuk pasaran Jepun
  • Perincian unik spliter depan, sayap belakang, dan cermin sisi
  • Pilihan warna rasmi: Memphis Red (merah), Titanium Silver (perak), Ice White (putih), dan Graphite Grey (kelabu)
  • Program cat khas McLaren untuk pembeli dengan cita rasa lebih unik
  • Elemen hitam kilat pada bumbung dan difuser belakang
  • Kaliper brek emas dengan logo McLaren merah

Bahagian dalaman menerima sentuhan Alcantara penuh dengan sulaman logo ‘JC96’ pada penyandar kepala, pedal warna emas, dan plak khas sempena memperingati kejayaan juara pelumba JGTC 1996.

Dua Pilihan: Coupe atau Spider?

McLaren 750S JC96 2026 dilancarkan untuk pasaran Jepun

McLaren menawarkan JC96 dalam versi Coupe atau Spider. Menariknya, varian Spider kini boleh dipasang dengan Kit Daya Mendap Tinggi Operasi Khas (Special Operations High Downforce Kit) buat kali pertama, terdiri daripada:

  • Bampar depan baharu dengan spliter lebih besar
  • Spoiler belakang aktif
  • Panel bawah bersaluran udara (louvred under-wing panel)

Pakej aerodinamik itu mampu menghasilkan 10 peratus lebih daya mendap berbanding 750S standard.

Prestasi Kekal Mantap

McLaren 750S JC96 2026 dilancarkan untuk pasaran Jepun
McLaren 750S JC96 2026 dilancarkan untuk pasaran Jepun

Walaupun tampil dengan rekabentuk unik, tiada perubahan pada trenkuasa, dan McLaren 750S JC96 masih dikuasakan enjin V8 4.0L twin-turbo dengan sepsifikasi berikut:

  • Output kuasa 740hp, dan tork800Nm
  • Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan
  • Kelajuan maksimum 331kmj (206mph)

Eksklusif untuk Jepun, Penghantaran Mula 2026

McLaren 750S JC96 2026 dilancarkan untuk pasaran Jepun
McLaren 750S JC96 2026 dilancarkan untuk pasaran Jepun

McLaren belum mendedahkan jadual rasmi pengeluaran, tetapi memandangkan model itu edisi khas ulang tahun 1996, penghantaran dijangka bermula pada 2026.

Dengan hanya 61 unit ditawarkan, McLaren 750S JC96 dijangka menjadi rebutan kolektor dan peminat supercar Jepun yang mahukan secebis sejarah perlumbaan dalam bentuk moden.

SUMBER: Motor1.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kejuaraan Kereta Grand Touring Seluruh Jepun (JGTC), McLaren, McLaren 750S JC96, McLaren 750S JC96 2026, McLaren F1 GTR, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my