• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kapal Ro-Ro Kedua Geely, JISU Glory Mula Belayar ke Eropah

Kapal Ro-Ro Kedua Geely, JISU Glory Mula Belayar ke Eropah

September 25, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Geely memulakan pelayaran kapal Ro-Ro kedua, JISU Glory ke Eropah

GEELY Holding Group mengukuhkan komitmen dalam mengoptimum rantaian bekalan global menerusi pelancaran kapal Ro-Ro (Roll On/Roll Off) kedua pengeluar itu, JISU Glory.

Kapal itu memulakan pelayaran sulung pada 21 September lalu dengan membawa ribuan kenderaan pelbagai jenama di bawah naungan Geely seperti Geely, Zeekr, Smart, Lotus, dan Farizon menuju pasaran utama di Eropah, seperti Britain dan Belgium.

Langkah strategik itu menekankan visi Geely untuk mencapai kemandirian dalam logistik, satu pendekatan yang semakin dominan dalam industri automotif global.

Strategi Berterusan: Meneruskan Kejayaan Jisu Fortune

Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune
Geely JISU Fortune
Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune
Geely JISU Fortune

Pelancaran JISU Glory menyusuli kejayaan kapal Ro-Ro pertama Geely, JISU Fortune (foto atas), yang memulakan pelayaran sulung pada Mei 2025.

Kapal pertama tersebut berlepas dari Pelabuhan Taicang, China dengan membawa 5,000 unit kenderaan ke pasaran Eropah.

Kedua-dua kapal tersebut adalah sebahagian strategi menyeluruh Geely untuk meningkatkan kecekapan eksport dan memperkuat kehadiran jenama di bawahnya di peringkat antarabangsa.

Inovasi, Kapasiti Dipertingkat

Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune

Dengan menguruskan armada logistik sendiri melalui subsidiari, JISU Logistics, Geely kini mampu memastikan penghantaran produk kepada pengguna global dengan lebih efisien dan terancang.

JISU Glory dan JISU Fortune direka untuk memenuhi tuntutan logistik moden. JISU Glory memiliki kapasiti muatan 7,000 unit kenderaan, sama seperti kapasiti rekabentuk JISU Fortune.

Kedua-dua kapal itu dilengkapi 12 dek fleksibel yang membolehkan mengangkut pelbagai jenis kenderaan, daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) hingga Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dengan kuasa bateri litium, hidrogen dan gas asli.

Sebagai bukti komitmen Geely terhadap kelestarian, JISU Glory dilengkapi tangki simpanan gas asli cecair (LNG) sebagai bahan api utama untuk mengurangkan emisi karbon dan pencemaran udara.

Teknologi mesra alam itu sejajar standard persekitaran maritim antarabangsa, sekali gus meletakkan Geely di barisan depan dalam industri pengangkutan bersih dan pintar.

Menyokong Perkembangan Perniagaan Global Pesat

Geely memulakan pelayaran kapal Ro-Ro kedua, JISU Glory ke Eropah
Geely memulakan pelayaran kapal Ro-Ro kedua, JISU Glory ke Eropah

Debut JISU Glory berlaku dalam masa kritikal ketika perniagaan antarabangsa Geely mengalami pertumbuhan luar biasa.

Pada penggal pertama 2025, Geely mencatatkan eksport 184,000 unit kenderaan, dengan penghantaran kenderaan elektrik (EV) meningkat 307 peratus tahun ke tahun (YTY).

Kini, Geely mempunyai jejak perniagaan meluas di lima benua, menjangkau pasaran utama seperti Australia, Poland, dan Brazil.

Dengan armada kapal Ro-Ro sendiri, Geely kini memiliki keupayaan logistik lebih mantap untuk menyokong peluasan global dan memastikan produk berkualiti tinggi dapat tiba kepada pengguna seluruh dunia dengan cara lebih cekap dan lestari.

Geely memulakan pelayaran kapal Ro-Ro kedua, JISU Glory ke Eropah
Geely memulakan pelayaran kapal Ro-Ro kedua, JISU Glory ke Eropah
Geely memulakan pelayaran kapal Ro-Ro kedua, JISU Glory ke Eropah
Geely memulakan pelayaran kapal Ro-Ro kedua, JISU Glory ke Eropah

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Geely, Geely Holding Group, Geely Jisu Glory, Jisu, Jisu Glory, JISU Logistics, Kapal Ro-Ro

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my