• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasukan Malaysia Viper Niza Racing Sasar Naik Podium Michelin 24H SERIES European 2025

Pasukan Malaysia Viper Niza Racing Sasar Naik Podium Michelin 24H SERIES European 2025

September 23, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona

MUSIM perlumbaan kejuaraan enduran Michelin 24H SERIES European 2025 bakal melabuhkan tirai hujung minggu ini (26 - 28 September) di Circuit de Barcelona-Catalunya.

Pasukan Malaysia, Viper Niza Racing kini dalam perebutan kedudukan tiga teratas keseluruhan bagi kategori GT3-AM Class.

Barisan Pemandu Serba Lengkap

Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona
Afiq Yazid - Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona

Pasukan itu menampilkan kekuatan penuh menerusi lima pelumba: Douglas Khoo, Dominic Ang, Melvin Moh, Aaron Lim dan Afiq Yazid yang akan memandu jentera Mercedes-AMG GT3 EVO yang sebelum ini pernah menghadiahkan kemenangan.

Kedudukan semasa menyaksikan Viper Niza Racing berada di tempat ketiga bersama Hofor Racing, dibayangi rapat Continental Racing (kedua) dan pendahulu Juta Racing. Perbezaan hanya lapan mata antara tiga pasukan teratas menjadikan perlumbaan akhir nanti penentu kejuaraan.

Dengan 20 mata ditawarkan selepas 12 jam pertama dan 40 mata penuh selepas tamat, keputusan akhir hanya akan diketahui apabila bendera penamat dikibarkan.

Musim Sulung Penuh Cabaran

Walaupun terlepas pusingan pembukaan di Mugello, Viper Niza segera mencipta impak pada penampilan pertama di 12 Hours Spa-Francorchamps dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam keseluruhan, keempat (GT3) dan Naib Juara (GT3-AM).

Namun, cabaran di 12 Hours Misano terhenti lebih awal akibat masalah keretakan tangki minyak. Pasukan kemudian bangkit semula di 12 Hours Paul Ricard dengan kedudukan kelapan keseluruhan dan ketiga (GT3-AM).

Cabaran 24 Jam di Litar Catalunya

Perlumbaan penutup musim ini lebih getir menerusi cabaran 24 jam penuh di litar 4.657km dengan 14 selekoh yang sinonim perlumbaan MotoGP dan Formula Satu (F1).

Dua muka baharu, Aaron Lim dan Afiq Yazid, memperkuatkan barisan pemandu. Aaron bukan asing dalam arena lumba kerana pernah mewakili Malaysia di A1 Grand Prix, meraih podium dalam Lamborghini Super Trofeo Asia, dan menjuarai beberapa perlumbaan enduran di rantau ini.

Afiq pula hadir dengan reputasi besar selaku juara empat kali Lamborghini Super Trofeo Asia, pernah memenangi World Final 2018 dan beraksi dalam Asia Le Mans Series bersama jentera LMP2. Pengalaman hampir dua dekad menjadikan pelumba itu aset berharga buat pasukan.

Fokus, Strategi dan Konsistensi

Ketua pasukan merangkap pelumba, Douglas Khoo menegaskan matlamat utama ialah podium kejuaraan:

Kami mahu menamatkan musim ini dalam kedudukan tiga terbaik. Ini pencapaian besar untuk tahun pertama kami di Series European, lebih manis kerana dilakukan dengan barisan pemandu 100 peratus Malaysia.

"Perlumbaan 24 jam ini menuntut kepantasan, konsistensi, strategi dan disiplin, kehadiran Aaron dan Afiq pasti beri kelebihan."

Viper Niza Racing kini mendapat sokongan rakan teknikal berserta penaja seperti Motul, Endless & Momentum Autoparts, jenama jam rasmi IWC, dan Jen Orchard Gateway Hotel Singapura.

Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona
Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona
Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona
Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona
Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona
Afiq Yazid - Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona
Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona
Viper Niza Racing sasar podium 24 Hours Bercelona

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kejuaraan Enduran, Litar Catalunya, Michelin 24H Series European 2025, sukan permotoran, Viper Niza Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my