KERAJAAN semalam menerusi Kementerian Kewangan menjawab beberapa persoalan mengenai pelaksanaan BUDI95 yang baru saja diumumkan pada hari sama di media sosial.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyasaran subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter bermula 27 September ini secara berfasa dan sepenuhnya pada 30 September ini kepada semua warga negara Malaysia.
Bagi bukan warga Malaysia atau syarikat pula, harga RON95 perlu dibayar pada harga pasaran global mengikut mekanisme harga automatik (APM), iaitu lebih kurang RM2.60 seliter.
Jadi apa yang dapat diketahui setakat ini adalah:
- Cuma perlu bawa kad pengenalan (MyKad) kalau mahu mengisi RON95 pasa harga subsidi RM1.99 seliter. Tidak perlu lesen memandu, cuma pastikan tidak tamat tempoh.
- MyKad cuma diperlukan untuk menyemak kelayakan ketika hendak membuat pembayaran RON95.
- Cara membeli adalah sama ada tunai, kad debit, atau kad kredit, atau aplikasi mobil seperti TNG eWallet dan syarikat minyak terpilih (misalnya Setel).
- Tidak perlu buat apa-apa permohonan atau pendaftaran untuk mengisi RON95 sama ada sebelum atau selepas jika hendak mengisi minyak.
- Cara nak semak kelayakan adalah menerusi pembaca MyKad di kedai atau pam minyak. Boleh juga periksa menerusi aplikasi digital seperti TNG eWallet atau syarikat minyak terpilih.
Leave a Reply