GWM Malaysia bakal melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) hibrid plug-in (PHEV) baharu, GWM Wey G9 pada harga anggaran bawah RM300,000.
Model pemanduan sebelah kanan (RHD) ini juga dikatakan bakal dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia sebelum dieksport ke Thailand, Indonesia dan pasaran serantau lain, menjadikannya MPV tenaga baharu (NEV) premium pertama China yang dihasilkan di negara ini.
'Ruang Tamu Bergerak' Untuk Keluarga Moden
Wey G9 direka sebagai sebuah 'ruang tamu bergerak', memastikan setiap kerusi selesa dan menjadi tempat terbaik untuk berehat seakan-akan berada di rumah mewah.
Nama G9 membawa makna istimewa seperti:
- G: lambang kasih sayang yang menghubungkan generasi
- 9: simbol kesempurnaan dan impian kesatuan keluarga
- Wey: penghormatan kepada pengasas jenama, Jack Wey, melambangkan janji terhadap kualiti premium, teknologi dan keselamatan.
Dimensi dan Reka Bentuk
- Dimensi keseluruhan: 5050mm panjang, 1960mm lebar, 1900mm tinggi, dan jarak roda 3085mm
- Radius pusingan: 5.6m
- Kapasiti tangki bahan api: 58 liter
- Pilihan warna: Kelabu, Hitam, Putih
- Pilihan dalaman: Perang atau Hitam
Kuasa dan Prestasi
Sistem Hi4 PHEV menggabungkan enjin 1.5T 4-silinder turbo bersama dua motor elektrik dan transmisi 4AT Dedicated Hybrid Trasmission (DHT) dengan pacuan semua roda (AWD).
Berikut perinciannya:
- Kuasa enjin: 110kW (150PS) @ 5,500-6,000rpm
- Tork enjin: 240Nm @ 1,800-4,000rpm
- Kuasa Motor Elektrik (Depan/Belakang): 80kW (109PS)/135kW (183PS)
- Tork Motor Elektrik (Depan/Belakang) 170Nm/232Nm
- Jumlah Kuasa Gabungan: 325kW (442PS)
- Jumlah Tork Gabungan: 642Nm
- 0-100kmj: 5.7 saat
- Kelajuan Maksimum 200kmj
Bateri dan Jarak Penggunaan
- Kapasiti bateri: 44.2kWj
- Jarak pemanduan elektrik penuh (NEDC): 170km
- Jarak pemanduan habungan: Sehingga 1,000km
- Penggunaan bahan api (NEDC): 1.2L/100km
- Penggunaan dengan bateri kosong: 6.2L/100km
- Pengecasan pantas DC (30-80 peratus): 26 minit
- Pengecasan AC 6.6kW (15-100 peratus): 6.5 jam
Kabin Mewah dan 'Pengalaman Kelas Pertama'
- Kerusi Nappa Leather dengan fungsi ventilasi (kusyen + penyandar)
- Kerusi baris kedua Zero-Gravity dengan fungsi reset satu sentuhan dan 10 zon urut
- Peti sejuk pintar 12.5L dengan fungsi penyejukan (0°C hingga 15°C) dan pemanasan (35°C hingga 50°C)
- Ruang simpanan fleksibel dengan kapasiti 233L hingga 1725L
- Boleh memuatkan 7 penumpang (atau 6 dengan ruang kaki lebih luas)
Keselamatan - Standard 5 Bintang
Keselamatan adalah asas sebenar kemewahan Wey G9. Ia dibina dengan empat teknologi utama:
- Rangka Badan Ultra Kukuh - 81.96 peratus keluli, 2000 MPa ultra-high-strength steel pada tiang A dan B, struktur bumbung mampu menahan tekanan 12 tan.
- Beg Udara Tirai Penuh - Panjang 3107mm, melindungi semua tiga baris kerusi, masa inflasi sehingga 6 saat.
- Struktur Casis 4 Longitudinal + 7 Cross - Menyerap hentakan dan kekalkan kestabilan kabin.
- Perlindungan Bateri Bertaraf Industri - Lulus 89 ujian ekstrem dengan empat lapisan perlindungan sisi dan enam lapisan perlindungan bawah.
Strategi GWM Untuk Malaysia
Kehadiran Wey G9 melengkapkan portfolio GWM di Malaysia yang merangkumi Haval H6 HEV, Tank 300, Tank 500 HEV, dan EV gaya hidup seperti ORA Good Cat dan Ora 07.
Model ini bukan sekadar MPV, tetapi lambang mobiliti premium elektrik-hibrid untuk masa depan.
Leave a Reply