• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Vision CE: Skuter Elektrik Berbumbung Dengan Sistem Imbangan Sendiri

BMW Vision CE: Skuter Elektrik Berbumbung Dengan Sistem Imbangan Sendiri

September 19, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

BMW kembali mencuri perhatian apabila memperkenalkan Vision CE, sebuah konsep skuter elektrik dengan bumbung dan sangkar keselamatan terbina, mengimbau semula model BMW C1 yang pernah diperkenalkan kira-kira 25 tahun lalu.

Model C1 ketika itu mencetuskan fenomena unik kerana tampil dengan rekaan sangkar pelindung seperti kereta dan tali pinggang keledar, membolehkan penunggang menunggang tanpa topi keledar atau pakaian perlindungan penuh. Walaupun gagal dari segi jualan, idea itu kekal menjadi inspirasi BMW hingga ke hari ini.

Konsep ‘Vision’ Bukan Model Produksi

BMW menegaskan nama “Vision” digunakan untuk kenderaan konsep eksperimental, bukan pra-produksi seperti model berlabel “Concept” (contohnya Concept F450GS).

Ini bermakna Vision CE tidak akan terus masuk ke pasaran, sebaliknya berfungsi memberi gambaran awal tentang hala tuju teknologi BMW pada masa depan.

Guna Asas CE-04, Tapi Dengan Sel Keselamatan

Secara asasnya, Vision CE berkongsi rangka panjang dan rendah serta gaya permukaan rata dan sudut tajam seperti skuter elektrik BMW CE-04. Perbezaan utama ialah penambahan sangkar keselamatan berbentuk kotak di sekeliling penunggang bersama tempat duduk bersandar tinggi dan tali pinggang keledar 4-poin.

BMW mendakwa rekaan ini membolehkan penunggang tidak perlu memakai topi keledar atau pakaian menunggang khas, kerana mereka kekal dalam ‘sel keselamatan’ sekiranya berlaku kemalangan.Lakaran rasmi turut menunjukkan kemungkinan bumbung lutsinar dan cermin penuh, memberikan sedikit perlindungan cuaca dan meningkatkan keselesaan harian.

Praktikal Seperti Kereta, Kompak Seperti Motosikal

Konsep ini bertujuan menggabungkan kelincahan motosikal dalam kesesakan trafik dengan keselamatan serta kemudahan seperti kereta, membolehkan pengguna bergerak dari titik A ke B tanpa perlu menukar pakaian atau membawa kelengkapan menunggang tambahan.

Menariknya, sangkar ini juga boleh berfungsi sebagai tapak pemasangan aksesori, seperti mesin kopi, rak paip atau tool box malah BMW turut membayangkan versi Vision CE untuk aktiviti rekreasi, perkhemahan dan hiburan mudah alih.

Teknologi Elektrik dan Sistem Imbangan Sendiri

Walaupun BMW tidak mendedahkan butiran teknikal penuh, Vision CE jelas menggunakan kuasa elektrik dan dipercayai digerakkan oleh trenkuasa CE-04. BMW mendakwa ia mampu mengimbangi dirinya sendiri walaupun ketika statik, teknologi yang pernah mereka tunjukkan melalui prototaip R1250GS autonomi.

Bahagian belakang tempat duduk turut kelihatan mempunyai sensor radar untuk pemantauan titik buta, menambah tahap keselamatan penunggang.

Mungkin Tidak Diproduksi, Tapi Idea Masih Hidup

BMW menegaskan Vision CE tidak akan dipasarkan dalam bentuk seperti yang dipamerkan ini, namun syarikat itu sudah bertahun-tahun memfailkan paten motosikal berbumbung. Ini menunjukkan mereka masih percaya konsep skuter tanpa keperluan topi keledar ini ada potensi komersial.

Pernah juga muncul cadangan sangkar keselamatan boleh tanggal untuk model C Evolution sebelum ini, jadi tidak mustahil jika idea ini bakal dikembangkan untuk CE-04 generasi akan datang.

SUMBER: Australian Motorcycle News

BMW Vision CE9
BMW Vision CE8
BMW Vision CE10
BMW Vision CE7
BMW Vision CE6
BMW Vision CE5
BMW Vision CE4
BMW Vision CE2
BMW Vision CE3
BMW Vision CE1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda2 Tagged With: BMW Motorrad, BMW Vision CE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev