SEORANG lelaki maut dihempap kereta klasik BMW M1 yang terkenal dengan lukisan ikonik artis tersohor, Andy Warhol dalam insiden tragis di National Mall, Amerika Syarikat (AS), petang Rabu lalu.
Metropolitan Police Department (MPD) Washington berkata, insiden berlaku ketika mangsa sedang memunggah kereta tersebut dari sebuah lori pengangkut. Pihak berkuasa berkata, alat penggulung tarik (winch) yang digunakan untuk menurunkan kenderaan itu tercabut tiba-tiba hingga menyebabkan kereta jatuh dan menimpa mangsa di tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia.
BMW M1 Warhol Sepatutnya Dipamerkan
Kereta bersejarah itu dijadualkan dipamerkan dalam acara Cars at the Capital anjuran yayasan Hagerty Drivers Foundation di National Mall. Namun, selepas insiden tersebut, penganjur mengesahkan acara berkenaan dibatalkan serta-merta bagi menghormati mangsa dan memberikan ruang kepada siasatan pihak berkuasa.
BMW M1 hasil tangan Warhol adalah salah satu 'Kereta Seni' paling terkenal dunia yang dihasilkan pada 1979, khas untuk perlumbaan enduran 24 Hours of Le Mans. Ia simbol gabungan dunia seni dan automotif yang jarang sekali dapat disaksikan secara dekat.
Siasatan Masih Dijalankan
Polis masih menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar kegagalan alat winch yang membawa kepada tragedi berkenaan. Setakat ini, identiti mangsa masih belum diumumkan kepada umum sementara menunggu pemberitahuan kepada waris terdekat.
SUMBER: KKTV
Leave a Reply