• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Diavel V4 RS 2026 Diperkenal kepada Umum

Ducati Diavel V4 RS 2026 Diperkenal kepada Umum

September 18, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Ducati Diavel V4 RS 2026

PENGELUAR motosikal premium, Ducati sekali lagi mencetuskan sensasi apabila memperkenalkan Ducati Diavel V4 RS 2026, iaitu model edisi terhad dengan nombor siri yang kini dinobatkan sebagai motosikal pengeluaran Ducati paling pantas setakat ini.

Digelar sebagai muscle roadster, jentera eksklusif itu mencatat pecutan 0-100kmj sepantas 2.5 saat, hasil tunggang uji dilakukan pendahulu juara dunia MotoGP 2025, Marc Márquez.

Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026

Enjin Desmosedici Stradale V4

Ducati Diavel V4 RS 2026 dijana enjin Desmosedici Stradale V4 bersesaran 1,103cc dengan sistem injap desmodromik dan susunan nyalaan Twin Pulse. Enjin patuh Euro5+ itu disertakan penapis udara prestasi tinggi Sprintfilter P08 untuk output kuasa 182hp @ 13,500rpm, dengan gear pertama mampu direv hingga 14,000rpm.

Kuasa disalurkan menerusi transmisi klac kering STM-EVO SBK daripada bilet aluminium, yang lengkap dengan konfigurasi klac sliper untuk anjakan gear lancar. Bagi mengurangkan haba ketika motosikal berhenti, silinder belakang akan dinyah aktif automatik apabila suhu melebihi 70°C dan enjin dalam neutral.

Teknologi Elektronik Generasi Baharu

Ducati Diavel V4 RS 2026

Ducati Diavel V4 RS 2026 turut dilengkapkan pakej elektronik canggih terdiri daripada:

  • Tiga mod kuasa (High, Medium, Low) yang disesuaikan untuk mod tunggangan Race, Sport, Touring dan Rain
  • Empat mod tunggang (Race, Sport, Touring, Rain) yang setiap satu ditala khas untuk prestasi dan respons berbeza
  • Panel meter baharu dengan grafik pengenalan eksklusif dan panel kawalan ala Track Infomode seperti Panigale V4 dan Streetfighter V4

Ciri istimewa lain ialah Ducati Power Launch (DPL) dengan tiga tahap bantuan, untu mengawal pelepasan klac dan kuasa optimum ketika pelancaran, serta kawalan wheelie, termasuk kawalan traksi automatik hingga gear ketiga. Sistem itu turut merekodkan masa pecutan 0-100kmj dan 0-200kmj, yang lengkap dengan sejarah catatan terbaik.

Casis, Suspensi dan Brek Bertaraf Litar

Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026

Bagi cengkaman luar biasa atas jalan, Ducati Diavel V4 RS 2026 dilengkapi tayar Pirelli Diablo Rosso IV saiz 240/45 yang memberi cengkaman kukuh ketika memecut dan kestabilan ketika meluncur di selekoh.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) Öhlins NIX30 48mm di depan, dan monoshock Öhlins STX46  (belakang), yang kedua-dua jenis boleh dilaras sepenuhnya.

Sistem brek diambil terus daripada superbike Panigale V4, iaitu cakera kembar 330mm dan kaliper monoblok Brembo Stylema di depan, dan cakera tunggal 265mm dengan kaliper brek apung Brembo (belakang).

Lebih Ringan, Lebih Eksklusif

Ducati Diavel V4 RS 2026

Ducati Diavel V4 RS 2026 turut menerima penggunaan komponen gentian karbon dan titanium, serta bateri ringan litium-ion dengan berat 3kg lebih ringan berbanding model standard (236kg).

Model edisi terhad itu akan mula dipasarkan di Eropah bermula Disember 2025, sebelum menyusul ke pasaran lain termasuk Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2026.

Dengan kombinasi prestasi mendadak, teknologi canggih dan gaya agresif, Ducati Diavel V4 RS 2026 memberikan kenyataan jelas Ducati masih mendahului dunia motosikal prestasi tinggi.

SUMBER: Ducati

Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026
Ducati Diavel V4 RS 2026

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Diavel 2025, Ducati Diavel V4 RS, Ducati Diavel V4 RS 2026, Muscle Roadster, roadster, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev