PENGEDAR motosikal, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan generasi terbaharu Yamaha NVX 2025 untuk pasaran Malaysia.
Kali ini dengan penekanan lebih kepada prestasi sporty, teknologi pintar dan ciri keselamatan terkini. Penulis sempat menunggang uji model baharu ini di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS untuk merasai sendiri kemampuan skuter automatik paling agresif dalam segmennya ini.
Rekaan Agresif dan Enjin Berteknologi Tinggi
Yamaha NVX 2025 tampil dengan reka bentuk diinspirasikan daripasa motosikal supersport, menonjolkan garisan tajam dan siluet aerodinamik yang jelas. Di casis, ia menempatkan enjin 155cc Blue Core bersama teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang dipadukan dengan sistem Yamaha Electric CVT (YECVT) untuk penyaluran kuasa lebih responsif.
Bagi pasaran Malaysia, dua varian ditawarkan, NVX ABS dan NVX SP. Bakal pembeli diberi pilihan sama ada mahukan ciri praktikal atau kelengkapan premium.
Pengalaman Tunggangan Di Sepang
Varian NVX SP hadir dengan dua mod tunggangan:
Town Mode (T) sesuai untuk tunggangan harian dalam bandar dengan tindak balas lebih lancar dan penjimatan bahan api.
Sport Mode (S) memberi kuasa lebih agresif dan respon pendikit pantas ketika di jalan terbuka.
Paling menarik ialah sistem T urbo Y-Shift baharu yang dikawal melalui suis ibu jari, membolehkan penunggang memilih tiga tahap pecutan dan nyahpecutan, seolah-olah menunggang skuter berkarakter sport sebenar. Ketika diuji di Sepang, ciri ini benar-benar membantu ketika keluar dari selekoh, naik dan turun bukit
Teknologi Pintar dan Paparan Moden
Semua varian NVX 2025 kini menyokong aplikasi Yamaha Y-Connect yang membolehkan sambungan telefon pintar untuk:
- Paparan navigasi Google Maps (untuk varian SP)
- Sejarah tunggangan dan penggunaan bahan api
- Peringatan penyelenggaraan
Untuk varian SP, kokpit dilengkapi paparan TFT berwarna dengan tiga tema paparan, menjadikan pengalaman tunggangan lebih informatif dan futuristik.
Ciri Keselamatan dan Kemudahan Harian
Yamaha turut menaik taraf aspek keselamatan dengan:
- Brek cakera hadapan dan belakang (ABS untuk varian ABS, ABS saluran tunggal dengan TCS untuk varian SP)
- Emergency Stop Signal (ESS)
- Rangka baharu lebih kukuh
Selain itu, NVX turut menawarkan ciri praktikal seperti sistem keyless start, fungsi berhenti-mula automatik, dan port pengecasan USB-C untuk kemudahan seharian.
Harga dan Ketersedian
Yamaha NVX 2025 kini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara dengan harga:
- NVX ABS — RM11,998
- NVX SP — RM14,498
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi pengedar Yamaha: https://www.yamaha-motor.com.my/find-dealer/
Leave a Reply