• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / mobi: Perkhidmatan e-Hailing Baharu Hubungkan Perjalanan ke Pengangkutan Awam

mobi: Perkhidmatan e-Hailing Baharu Hubungkan Perjalanan ke Pengangkutan Awam

September 12, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Perkhidmatan mobi e-hailing

JIKA anda biasa naik tren Transit Aliran Ringan (LRT) atau Transit Aliran Massa (MRT), tetapi pening hendak cari pengangkutan dari rumah ke stesen, mobi adalah penyelesaian yang anda cari.

Perkhidmatan perkongsian kereta atas permintaan (ride-sharing on-demand) mobi direka khas untuk menghubungkan perjalanan awam supaya tidak perlu bergantung kepada kereta sendiri atau jemputan keluarga.

Apa Itu mobi?

Perkhidmatan e-hailing mobi

mobi adalah servis pengangkutan pintar yang berfungsi seperti Grab, tetapi menumpukan kepada integrasi dengan pengangkutan awam.

Ada dua jenis perkhidmatan seperti:

  1. mobi DRT (Demand Responsive Transit) - Perjalanan jarak pendek dalam zon tertentu, contohnya sekitar kawasan Lalaport Bukit Bintang
  2. mobi Connect - Perjalanan jarak sederhana, sesuai untuk bergerak terus dari satu kawasan ke kawasan lain (contoh: Mont Kiara ke LaLaport BBCC)

Kenapa Pilih mobi?

Perkhidmatan e-hailing mobi

  • Mudah ditempah terus menerusi aplikasi mobi
  • Van 12-kerusi yang luas dan selesa
  • Pemandu tetap untuk jaminan keselamatan dan kualiti servis
  • Hentian dekat dengan rumah, pejabat, atau stesen pengangkutan awam

i. mobi Connect - Perjalanan CBD ke CBD

Perkhidmatan mobi e-hailing
mobi Connect
Perkhidmatan mobi e-hailing
mobi DRT
  • Laluan pertama: Mont Kiara - LaLaport Bukit Bintang City Centre
  • Tempahan boleh dibuat awal dengan masa pikap dipilih
  • Pikap disahkan dalam 30 - 45 minit selepas tempahan
  • Waktu operasi:
    • Hari kerja: 7 pagi hingga 10 malam
    • Hujung minggu: 9 pagi hingga 10 malam
  • Tambang: RM8 seorang
  • Promosi: Percuma sepanjang September 2025

ii. mobi DRT - Perjalanan Dalam Zon

  • Kawasan liputan: Sekitar LaLaport Bukit Bintang City Centre
  • Pickup lebih pantas - hanya 5 - 15 minit selepas tempahan
  • Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Tambang:
    • Dewasa: RM3
    • Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM0.50
  • Boleh tambah sehingga 5 orang untuk satu perjalanan
  • Promosi: 3 ride percuma jika guna referral cod MYE20259

Fungsi Baharu - Journey Planner

Aplikasi mobi kini dilengkapi perancang perjalanan (journey planner) masa nyata dengan data bas, LRT dan MRT

  • Boleh merancang perjalanan hujung-ke-hujung dalam satu aplikasi
  • Contoh: Rancang naik mobi dari rumah -> sambung LRT -> sampai ke destinasi

Fakta Menarik

Logo mobi

  • Lebih 210 hentian kini disambungkan ke LaLaport, Bukit Bintang dan Mont Kiara
  • Data menunjukkan mobi mengurangkan kebergantungan kepada kereta persendirian dan jemputan keluarga untuk perjalanan awal dan akhir (first and last mile)

Solusi Moden Bandar Sesak

Dengan mobi Connect dan mobi DRT, penduduk bandar kini ada pilihan pengangkutan yang lebih efisien, murah dan mesra alam. Ditambah pula fungsi Journey Planner yang memudahkan pergerakan harian tanpa perlu memikirkan tempat parkir kereta atau kos e-hailing yang mahal.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, LaLaport BBCC, mobi, mobi Connect, mobi DRT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev