• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nadi Willer Bawa Konsep Mobiliti Pintar ke Malaysia Demi Selesaikan Isu 'First & Last Mile'

Nadi Willer Bawa Konsep Mobiliti Pintar ke Malaysia Demi Selesaikan Isu 'First & Last Mile'

September 12, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

NADI Willer Sdn Bhd terus mengorak langkah membawa konsep Mobility-as-a-Service (MaaS) ke Malaysia, demi misi utama untuk memudahkan pergerakan harian rakyat tanpa perlu bergantung kepada kereta persendirian.

Masalah Pengangkutan Bandar

Kuala Lumpur terkenal dengan masalah kesesakan trafik, dan antara puncanya adalah:

  • Kekurangan pilihan pengangkutan 'first mile & last mile' - perjalanan dari rumah ke stesen LRT atau bas utama.
  • Ramai penduduk masih bergantung pada kereta sendiri, jemputan keluarga, atau e-hailing.
  • Penggunaan pengangkutan awam untuk perjalanan jarak sederhana masih rendah.
  • Kebimbangan terhadap keselamatan pengangkutan semakin meningkat susulan kemalangan bas yang tular baru-baru ini.

Penyelesaian: mobi DRT

Nadi Willer memperkenalkan mobi DRT (Demand Responsive Transit) - sistem pengangkutan awam atas permintaan melalui aplikasi.

  • Penumpang boleh request van atau bas kecil ikut lokasi dan masa.
  • Sesuai untuk menyokong perjalanan ke LRT, MRT atau bas utama.
  • Memudahkan mereka yang tinggal jauh dari stesen transit.

Pencapaian Setakat Ini

  • 26 kawasan operasi aktif
  • Lebih 400,000 penumpang sudah menggunakan mobi DRT
  • 100,000 ahli berdaftar di seluruh negara
  • 88 peratus penumpang guna mobi DRT untuk sambungan ke pengangkutan awam
  • Sebelum mobi DRT:
    • 47.6 peratus bergantung pada jemputan keluarga
    • 24.2 peratus guna kereta sendiri
  • Data ini buktikan mobi DRT berjaya kurangkan kebergantungan pada kenderaan persendirian

Tiga Inisiatif Baharu Nadi Willer

  1. Journey Planner dengan Multimodal Search
    • Aplikasi mobi kini dilengkapi data rasmi GTFS dan GTFS-RT untuk bas serta rel di KL/Selangor
    • Pengguna boleh rancang perjalanan penuh, gabungkan LRT + mobi DRT dalam satu carian.
  2. mobi Connect (dilancar 1 September 2025)
    • Perkhidmatan on-demand untuk perjalanan jarak sederhana antara CBD ke CBD
    • Projek pertama: Mont Kiara - Lalaport BBCC
    • Sistem AI pilih laluan paling efisien dan pinckup time disahkan awal
    • Sasaran: kurangkan penggunaan kereta persendirian dan jemputan keluarga
  3. Latihan dan pengurusan keselamatan gaya jepun
    • Latihan teori, praktikal dan susulan berterusan
    • Pemeriksaan kenderaan dan roll call pemandu sebelum operasi
    • WILLER Fleet System pantau operasi secara real-time
    • Pastikan pemandu selamat, mesra pelanggan dan profesional

Matlamat Besar Nadi Willer

  • Tambah akses pengangkutan awam kepada lebih ramai orang
  • Galakkan mobiliti mampan dan kurangkan kebergantungan pada kereta persendirian
  • Sumbang kepada pembangunan bandar lebih lestari
  • Projek ini turut menerima sokongan daripada Global South Initiative Jepun (FY2023)

Solusi Masa Depan untuk Bandar Lestari

Nadi Willer membuktikan bahawa teknologi dan data boleh menyelesaikan masalah klasik pengangkutan bandar.

Dengan mobi DRT, mobi Connect dan aplikasi Journey Planner baharu, syarikat ini membuka jalan ke arah sistem mobiliti lebih cekap, selamat dan mesra alam, sesuai dengan aspirasi Kuala Lumpur untuk menjadi bandar pintar berdaya huni.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, LaLaport BBCC, Mobiliti Pintar, Nadi Willer Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev