• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz C 200 AMG Line Terbaru Dibuka Untuk Pra Tempahan

Mercedes-Benz C 200 AMG Line Terbaru Dibuka Untuk Pra Tempahan

September 11, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

MERCEDES-BENZ Malaysia rasmi memperkenalkan Mercedes-Benz C 200 AMG Line generasi baharu, sebuah sedan premium yang tampil dengan reka bentuk lebih sporty serta dipasang tempatan di kilang Pekan, Pahang.

Model ini meneruskan legasi C-Class sebagai model paling laris jenama Jerman itu di Malaysia selama lebih sedekad. Dengan harga permulaan dari RM292,888, jangkaan penghantaran bermula Oktober 2025.

Reka Bentuk Sporty Dengan Sentuhan AMG

Bahagian luar C 200 AMG Line ini hadir dengan elemen rekaan agresif seperti apron hadapan AMG dengan bukaan udara besar, apron belakang dengan diffuser, gril radiator corak Mercedes-Benz, sistem ekzos dengan dua tip ekzos serta rim aloi ringan AMG multi-spoke 19 inci.

Sistem brek turut dipertingkatkan dengan cakera lebih besar dan berlubang di gandar hadapan, dipadankan dengan tulisan “Mercedes-Benz” yang menyerlahkan lagi rekaan sporty sedan ini.

Kabin Premium Dengan Elemen AMG

Mercedes-Benz C200 AMG Line 6
Mercedes-Benz C200 AMG Line 5

Bahagian dalaman mengekalkan aura mewah dengan kemasan AMG Line. Stereng sport pelbagai fungsi dibalut kulit nappa dengan bahagian bawah rata, pedal sport AMG dalam keluli tahan karat, serta karpet lantai velour hitam bertulis “AMG” menambah karakter ke ruang kabin.

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan Pakej Parkir bersama kamera 360°, membolehkan pandangan menyeluruh termasuk perspektif 3D ‘bird’s-eye view’ untuk memudahkan pemanduan serta parkir. Untuk keselesaan penumpang, terdapat USB Package Plus dengan enam port USB-C dan dua soket 12V untuk pengecasan pantas.

Enjin dan Prestasi

C 200 AMG Line dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo mild-hybrid bersama motor elektrik bersepadu. Hasilnya, sedan ini mampu menghasilkan 204hp dan 300Nm tork, dibantu tambahan 17kW kuasa serta 200Nm tork daripada motor elektrik.

Dengan gabungan kuasa ini, pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 7.3 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 246 km/j.

Harga dan Tempahan

Mercedes-Benz C 200 AMG Line baharu ditawarkan pada harga RM292,888 (atas jalan tanpa insurans, termasuk cukai jualan 10%) untuk pasaran Semenanjung Malaysia. Tempahan kini dibuka melalui laman web rasmi Mercedes-Benz Malaysia, dengan penghantaran dijadual bermula Oktober 2025.

Spesifikasi Ringkas Mercedes-Benz C 200 AMG Line

  • Enjin: 1,496cc Turbo Mild-Hybrid
  • Kuasa Maksimum: 204hp @ 5,800–6,100rpm
  • Tork Maksimum: 300Nm @ 1,800–4,000rpm
  • Motor Elektrik: 17kW, 200Nm
  • 0-100 km/j: 7.3 saat
  • Kelajuan Maksimum: 246 km/j
  • Berat: 1,695kg
  • Harga: RM292,888
Mercedes-Benz C200 AMG Line 1
Mercedes-Benz C200 AMG Line 2
Mercedes-Benz C200 AMG Line 3
Mercedes-Benz C200 AMG Line 4
Mercedes-Benz C200 AMG Line 5
Mercedes-Benz C200 AMG Line 6
Mercedes-Benz C200 AMG Line 7
Mercedes-Benz C200 AMG Line 8
Mercedes-Benz C200 AMG Line 9
Mercedes-Benz C200 AMG Line 10
Mercedes-Benz C 200 AMG Line_ (10)
Mercedes-Benz C 200 AMG Line_ (15)
Mercedes-Benz C 200 AMG Line_ (22)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Mercedes-benz, mercedes-benz c200 amg line, sedan car

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev