WAKIL pengedar rasmi kenderaan Volvo di Malaysia, Volvo Car Malaysia (VCM) memperkenalkan model paling popular jenama itu, Volvo XC60 2025 versi kemas kini (facelift).
Sejak diperkenalkan di Malaysia, lebih 6,200 unit XC60 dimiliki pelanggan, sekali gus mengekalkan reputasi sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) pilihan utama keluarga moden.
Volvo XC60 2025 facelift ditawarkan dalam dua varian. Harga rasmi akan diumumkan kemudian.
- XC60 T8 AWD PHEV (hibrid plug-in) - Anggaran RM367,888
- XC60 B5 AWD MHEV (hibrid ringan) - Anggaran RM333,888
Dua Pilihan Elektrifikasi untuk Pasaran Malaysia
Volvo XC60 2025 facelift menampilkan penambahbaikan baharu seperti gril depan sporty, sistem suspensi udara Volvo dan teknologi intuitif terkini.
Varian Volvo XC60 T8 AWD PHEV menawarkan jarak pemanduan elektrik penuh 89km (WLTP), sesuai untuk perjalanan harian bebas emisi. Digabungkan enjin petrol dengan tork 450Nm, SUV saiz pertengahan itu menjanjikan prestasi responsif untuk perjalanan jauh.
Sementara itu, varian Volvo XC90 B5 MHEV pula lebih praktikal untuk mereka yang mahukan solusi elektrifikasi tanpa pengecasan, dengan kecekapan bahan api lebih baik daripada sistem brek regeneratif.
Rekabentuk Skandinavia Premium
Volvo XC60 2025 facelift menerima rekabentuk dikemas kini dengan mengekalkan falsafah rekabentuk Skandinavia yang ringkas, yakin dan elegan. Gril bersilang (mesh) baharu dipadankan lampu LED ikonik 'Tukul Thor', dan lampu belakang gelap, termasuk pilihan warna baharu Forest Lake dan Bright Dusk.
Bahagian kabin menawarkan tempat duduk paling selesa dalam segmen dan dibekalkan sistem suspensi udara (percuma untuk varian PHEV dalam tempoh terhad), serta penulen udara canggih yang menapis hingga 95 peratus partikel bahaya.
Teknologi Intuitif, Hiburan Premium
Volvo XC60 2025 facelift kini dilengkapi unit infotainmen 11.2 inci dengan Google terbina dalam untuk akses mudah kepada aplikasi seperti Google Maps, Google Assistant, Spotify dan Waze.
Bagi peminat audio, sistem bunyi premium Bowers & Wilkins High Fidelity disediakan untuk pengalaman akustik setaraf konsert.
Fokus Utama Volvo XC60 Baharu
- SUV premium terlaris Volvo di Malaysia dengan lebih 6,200 unit terjual
- Ditawarkan dalam dua varian elektrifikasi - PHEV dan MHEV
- Jarak pemanduan elektrik penuh sehingga 89km (PHEV)
- Rekaan Scandinavia baharu lebih sporty dan elegan
- Teknologi keselamatan pintar Volvo
- Suspensi udara Volvo dan kabin premium dengan sistem penulen udara canggih
Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Chris Wailes berkata;
XC60 kekal sebagai model paling popular kami di Malaysia kerana mewakili segala yang Volvo perjuangkan, rekabentuk elegan, keselamatan tanpa kompromi, dan fleksibiliti elektrifikasi.
"Sama ada plug-in hybrid atau mild hybrid, XC60 menawarkan pemanduan sofistikated dan lestari untuk setiap gaya hidup."
Dengan kemas kini terbaharu iti, Volvo XC60 kekal sebagai SUV premium paling seimbang di Malaysia yang menggabungkan elektrifikasi, keselamatan bertaraf dunia, keselesaan kabin dan teknologi pintar.
Leave a Reply