• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMW Toyota Catat Jualan 9,083 Unit Kenderaan Sepanjang Ogos 2025!

UMW Toyota Catat Jualan 9,083 Unit Kenderaan Sepanjang Ogos 2025!

September 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Presiden UMW Toyota, K Ravindran

UMW Toyota Motor (UMWT) menutup tirai Ogos 2025 dengan prestasi jualan memberangsangkan apabila mendaftarkan 9,083 unit kenderaan Toyota, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan tahunan setakat ini 62,246 unit.

Dalam kenyataan rasmi, UMWT berkata pencapaian itu membuktikan permintaan berterusan rakyat Malaysia terhadap model Toyota yang dikenali dengan kualiti, kebolehpercayaan dan nilai pemilikan jangka panjang.

Strategi Multipathway Pacu Permintaan

UMWT menjelaskan, kejayaan tersebut turut didorong kekuatan pendekatan Multipathway Toyota yang memberi pilihan pelbagai penyelesaian elektrifikasi selain terus mengekalkan penawaran model konvensional yang sesuai dengan gaya hidup pengguna tempatan.

UMWT terus memenuhi keperluan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, sama ada melalui model serba boleh untuk mobiliti harian atau pilihan hibrid yang lebih praktikal."

Mobiliti untuk Semua

Presiden UMW Toyota, K Ravindran

Presiden UMWT, Datuk K Ravindran berkata, rakyat Malaysia sudah menaruh kepercayaan kepada jenama Toyota sejak beberapa dekad lalu dan keyakinan itu terus menjadi inspirasi syarikat untuk memperkukuh ikatan dengan pelanggan.

Fokus kami bukan sekadar menghasilkan kenderaan berkualiti, tetapi memastikan mobiliti kekal bermakna dan mudah diakses untuk semua, sepanjang setiap fasa kehidupan."

Beliau berkata, Toyota bukan saja menjadi sebahagian jalan raya tetapi juga teman setia dalam perjalanan balik kampung, penggerak perniagaan, sektor pertanian, dan kenderaan keluarga yang mengiringi pelbagai detik penting rakyat Malaysia.

Toyota kini berdiri sebagai jenama automotif bukan nasional nombor satu di Malaysia, hasil kesetiaan pelbagai generasi dan kemampuan jenama itu beradaptasi dengan perubahan dan kemajuan negara.

859,865 Unit Terjual dalam Satu Dekad

Toyota Extra Mile promo

Sepanjang tempoh 2015 hingga Ogos 2025, Toyota menjual 859,865 unit di Malaysia, dan bagi memperkukuh pengalaman pemilikan, UMWT turut melaksanakan program Toyota Extra Mile di seluruh negara yang merangkumi:

  • Pusat servis bertauliah Toyota
  • Aplikasi digital Toyota MY
  • Sokongan penyelenggaraan hibrid menyeluruh
  • Program waranti panjang dan penyelenggaraan prabayar

Melalui inisiatif itu, pelanggan menikmati waranti dunia sebenar dengan setiap pemilikan Toyota.

Promosi Merdeka: Penjimatan Hingga RM5,000

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, UMWT menawarkan penjimatan eksklusif hingga RM5,000 untuk model terpilih.

Promosi ini berlangsung sepanjang September 2025 dengan tawaran tambahan apabila pelanggan mengunjungi bilik pameran Toyota pilihan mereka.

Selain itu, pemilik Toyota boleh menikmati penjimatan lebih besar melalui program Toyota Service Savers iaitu pelan penyelenggaraan prabayar serendah RM31 sebulan yang menawarkan:

  • Penjimatan sehingga 10 peratus untuk alat ganti dan upah
  • Perlindungan daripada kenaikan harga pada masa hadapan
  • Akses mudah ke pusat servis bertauliah Toyota seluruh negara

Dengan prestasi jualan kukuh, sejarah kepercayaan lebih enam dekad, dan tawaran menarik sepanjang September, ini adalah masa terbaik untuk memiliki Toyota baharu dan meraikan Merdeka dengan penuh bergaya.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualan Ogos 2025, Toyota, UMW Toyota Motor (UMWT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev