• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2025: Bastianini Hadiahkan Podium Pertama Buat Red Bull KTM di GP Catalan!

#MotoGP2025: Bastianini Hadiahkan Podium Pertama Buat Red Bull KTM di GP Catalan!

September 8, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Enea Bastianini raih podium pertama buat KTM

ENEA Bastianini menjadi pencetus aksi dramatik di pusingan ke-15 Kejuaran Dunia MotoGP 2025, di Grand Prix (GP) Catalan apabila meraih podium pertama musim ini buat pasukan satelit Red Bull KTM Tech3.

Rakan pasukan pengilang, Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) turut menunjukkan aksi cemerlang dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-4.

Bastianini Bangkit dengan Podium Pertama

Pelumba Red Bull KTM Tech3, Enea Bastianini (23)
Pelumba Red Bull KTM Tech3, Enea Bastianini (23)

Bastianini bermula dari grid ke-9 mempamerkan tunggangan berani dan penuh konsisten selepas menghadapi pertarungan sengit di awal perlumbaan, sekali gus menghadiahkan KTM podium pertama musim ini.

Ini keputusan terbaik aku setakat ini bersama KTM dan aku mahu jadikan pemangkin untuk baki perlumbaan musim ini."

Acosta Gagal Pertahan Tayar Lembut

Enea Bastianini (23) dan Pedro Acosta (37)
Pelumba Red Bull KTM Factory, Pedro Acosta

Acosta bermula dari grid ke-5 dengan memilih tayar belakang lembut dan bersaing rapat dengan kelompok depan pada suku pertama perlumbaan. Namun, cengkaman tayar KTM RC16 mula merosot pada separuh perlumbaan yang memaksa pelumba Sepanyol itu akur di tempat ke-4.

Walaupun terlepas podium, keputusan itu tetap memberikan Acosta semangat untuk kekal konsisten apabila meraih kedudukan lima terbaik kali ke-6 sepanjang 15 pusingan musim ini.

Nasib Berbeza Buat Binder, Vinales

Rakan sepasukan Acosta, Brad Binder yang bermula dari grid ke-11 gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabas di Turn 7 pada lap 8 ketika bersaing di kelompok 10 terbaik.

Rakan sepasukan Bastianini, Maverick Vinales pula masih bergelut dengan kecederaan bahu kiri dan menamatkan perlumbaan 24 pusingan buat kali pertama sejak GP Belanda 2025, Jun lalu. Vinales meraih kedudukan ke-13 dengan membawa pulang tiga mata penting.

Ranking Terkini Pelumba KTM (Keseluruhan)

  • Pedro Acosta - Tempat ke-5
  • Brad Binder - Tempat ke-11
  • Enea Bastianini - Tempat ke-12
  • Maverick Vinales - Tempat ke-15

Podium Pertama Bastianini Hidupkan Semangat KTM


Podium diraih Bastianini menjadi titik penting KTM Tech3 selepas mengharungi separuh musim penuh cabaran. Walaupun Acosta terlepas peluang podium, konsistensi anak muda Sepanyol itu kekal menjadi sandaran utama KTM.

Dengan Binder dan Vinales masih mencari rentak, KTM kini fokus ke pusingan seterusnya di GP Itali 2025 di Litar Misano, San Marino, minggu depan. Perlumbaan tersebut dijangka menjadi medan ujian sebenar kekuatan jentera RC16.

Bersama Bastianini di atas podium MotoGP Catalan 2025 ialah AlexMarquez (BK8 Gresini) di tempat pertama, dan abangnya Marc Marquez (Ducati Lenovo), kedua.

SUMBER: KTM.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, enea bastianini, GP Catalan, GP Sepanyol, Kejuaraan Dunia MotoGP 2025, MotoGP 2025, MotoGP Catalan 2025, MotorGP, Pedro Acosta, Red Bull KTM Factory Racing, Red Bull KTM Tech3, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev