• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar

PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar

September 7, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Tawaran diskaun saman PDRM 50 peratus sempena Merdeka 2025

BERITA baik kepada mereka yang masih ada saman tertunggak! Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun 50 peratus sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dengan beberapa syarat perlu dipenuhi.

Tidak seperti kempen terdahulu yang biasa dibuat di kaunter atau acara khas, PDRM kali ini membuka tawaran lebih lama hingga 16 September 2025.

Bayar Menerusi Aplikasi MyBayar PDRM

Semua pembayaran hanya boleh dibuat melalui aplikasi MyBayar PDRM. Pengguna perlu log masuk menggunakan MyDigital ID dan jika belum mendaftar MyDigital ID, inilah masa berbuat demikian.

Jenis Saman Tidak Layak Diskaun

Walaupun tiada senarai rasmi diumumkan setakat ini, jika berdasarkan kempen terdahulu, saman berikut kebiasaannya tidak layak untuk mendapat diskaun:

  • Kesalahan lampu isyarat merah
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Memotong garisan kembar / memotong berbahaya
  • Potong barisan (queue cutting)
  • Kemalangan jalan raya
  • Saman tidak boleh kompaun (NC) dan kes mahkamah
  • Ubah suai ekzos
  • Kesalahan melibatkan kenderaan berat / lori
  • Saman dikeluarkan dalam Op Selamat

Peluang Bersih Rekod Tanpa Beratur


Dengan tawaran itu, pemilik kenderaan boleh menyelesaikan saman dengan lebih mudah, tanpa perlu beratur panjang di kaunter atau menunggu acara khas. Apa perlu dilakukan hanya log masuk aplikasi MyBayar PDRM menggunakan MyDigital ID dan lakukan pembayaran secara digital.

Jangan lepaskan peluang ini untuk 'membersihkan rekod' saman anda dengan separuh harga sebelum 16 September 2025!

SUMBER: FB PDRM

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, diskaun saman, Diskaun Saman Hari Kebangsaan, Diskaun Saman PDRM, Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik, MyBayar PDRM, MyDigital ID, PDRM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev