• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?

Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?

September 5, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Video acah Proton Saga Serba Baharu

KETIKA Proton melancarkan kilang kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia untuk pengeluaran model e.MAS 7 dan e.MAS 5, tersembunyi satu kejutan menerusi tayangan video acah Proton Saga serba baharu generasi ke-4.

Berbeza daripada biasa, model sedan segmen-A itu dibina berasaskan platform AMA (A-segment Modular Architecture) yang dibangunkan sendiri Proton dengan sokongan padukan kajian dan penyelidikan (R&D) Geely.

Video acah Proton Saga Serba Baharu
Video acah Proton Saga Serba Baharu
Video acah Proton Saga Serba Baharu
Video acah Proton Saga Serba Baharu

Berdasarkan video acah ditayangkan, Proton mendedahkan beberapa ciri utama yang kami dapat rangkum seperti berikut:

  • Rekabentuk luaran baharu dengan lampu depan lebih tajam dan lampu belakang mirip S70 yang memberikan aura lebih premium.
  • Enjin aspirasi natural (NA) petrol 1.5L dengan output kuasa lebih bertenaga (sekitar 125hp) bersama teknologi suntikan terus yang dibagunkan daripada enjin Geely untuk disesuaikan pada Saga baharu.
  • Dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) asas seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Pengesan Titik Buta(BSD) yang kali pertama diperkenalkan pada Saga.

Perkembangan R&D Proton Saga serba baharu inimendapat sentuhan 240 bakat tempatan yang berganding bahu dengan pakar R&D dari China.

Hasilnya adalah 30 paten teknologi dan 12 rekabentuk industri khas untuk Saga, sekali gus menjadikan model itu lebih daripada sedan biasa. Proton kini sedang bertransformasi menjadi OEM sebenar!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Platform AMA, Proton Saga, Proton Saga Serba Baharu Generasi Ke-4, Video Acah Proton Saga Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev