• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Formula12025: GP Belanda Catat Aksi Paling Dramatik, Piastri Rebut Juara

#Formula12025: GP Belanda Catat Aksi Paling Dramatik, Piastri Rebut Juara

September 7, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025

PELUMBA McLaren-Mercedes Formula One Team, Oscar Piastri mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) selepas memenangi Grand Prix (GP) Belanda yang penuh dramatik.

Bagaimanapun, rakan sepasukan, Lando Norris terpaksa menarik diri pada pusingan akhir akibat masalah mekanikal yang insiden penting dalam perebutan gelaran dunia musim ini.

Perlumbaan Bermula Sengit

Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025

Bermula dari petak utama, Piastri mendahului saingan selepas pelumba Oracle Red Bull Racing Honda RPBT, Max Verstappen memintas Norris di Lap 1. Namun, Norris kembali merampas kedudukan dan kedua-dua jentera McLaren kekal di depan.

Perlumbaan bertambah tegang apabila kereta keselamatan terpaksa keluar pada Lap 23 selepas pelumba Scuderia Ferrari, Lewis Hamilton terbabas menghentam pengadang. McLaren pantas melakukan strategi hentian berganda, dan walaupun Norris sedikit terlewat, kedua-dua pelumba berjaya mengekalkan kedudukan.

Penamat Mengejutkan Buat Norris

Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025

Selepas insiden perlanggaran antara Charles Leclerc (Scuderia Ferrari) dan Kimi Antonelli (Mercedes-AMG PETRONAS F1) yang menyebabkan Ferrari tersingkir, perlumbaan kembali panas dengan Norris terus menekan Piastri.

Namun malang menimpa apabila asap mula keluar dari jentera Norris hanya beberapa pusingan sebelum tamat hingga memaksa pelumba Britain itu berhenti di tepi trek. Ini sekali gus memberi ruang kepada Piastri mengekalkan kedudukan pertama hingga garisan penamat.

Kemenangan itu adalah kemenangan ketujuh musim ini buat Piastri dengan kelebihan ranking 34 mata.

Keputusan Utama GP Belanda

Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025

1. Oscar Piastri (McLaren-Mercedes)
2. Max Verstappen (Oracle Red Bull Racing RPBT)
3. Isack Hadjar (Visa Cash App Racing Bulls) - podium pertama dalam karier F1
4. George Russell (Mercedes-AMG PETRONAS)
5. Alex Albon (Williams Racing) - dari P15 ke P5

Carlos Sainz (Williams Racing) sekadar di kedudukan ke-13 selepas dikenakan penalti 10 saat, manakala kedua-dua pelumba Ferrari gagal menamatkan perlumbaan pada hari penuh malang buat Scuderia.

Reaksi Pemenang

Rasanya sangat baik.

"Aku kawal perlumbaan bila perlu, dan kesian Lando kat hujung race. Tapi aku memang yakin dengan pace dan gembira dengan kerja keras pasukan untuk capai kemenangan ini." - Oscar Piastri, pelumba McLaren Mercedes

Seterusnya: GP Itali di Monza

F1 akan ke Monza untuk GP Itali pada 5-7 September ini. Saingan di litar kelajuan tinggi itu bakal menjadi medan ujian seterusnya buat McLaren, Red Bull dan pesaing lain dalam perebutan kejuaraan dunia.

SUMBER: Formula1

Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025
Oscar Piastri menjadi juara F1 GP Belanda 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2025 GP Belanda, Auto Terkini, F1, Formula One, Formula Satu (F1), GP Belanda, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev