• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Premium Jepun Mazda CX-60 Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM200k

SUV Premium Jepun Mazda CX-60 Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM200k

September 3, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Mazda CX-60 2025

BERMAZ Motor secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-60, yang juga SUV pertama daripada famili produk besar Mazda dan kini menjadi model perdana terbaharu jenama itu di Malaysia.

Dibina berasaskan falsafah 'Keteguhan Berwibawa' (Noble Toughness), Mazda CX-60 bukan sekadar SUV famili biasa, tetapi model premium yang menggabungkan rekabentuk Kodo lebih matang, teknologi pintar dan kuasa pemanduan prestasi tinggi.

Harga, Varian Mazda CX-60 di Malaysia

Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025

Mazda CX-60 ditawarkan dalam satu varian:

  • Mazda CX-60 2.5G 2WD High - RM200,510.40 (atas jalan tanpa insurans, pendaftaran persendirian, Semenanjung Malaysia).

Ada lima warna pilihan ditawarkan: Soul Red Crystal (merah), Rhodium White (putih), Jet Black (hitam), Platinum Quartz (kelabu), dan Zircon Sand (coklat cair).

Rekabentuk Kodo: Elegan, Tegas dan Penuh Karisma

Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025

Mazda CX-60 menampilkan evolusi baharu falsafah Kodo - Soul of Motion, yang kali ini digabungkan dengan konsep 'Ma', iaitu keindahan ruang kosong yang ringkas, tetapi bertenaga. Hasilnya, SUV saiz pertengahan itu tampil dengan garisan badan maskular, rupa depan lebih berani dan profil sisi tegap.

Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025

Antara ciri baharu adalah:

  • Gril depan lebih tinggi dengan kemasan sayap signatur Mazda
  • Lampu utama vertikal dengan lampu siang (DRL) bentuk L yang pertama untuk Mazda
  • Rekabentuk kabin sedikit ke belakang untuk imej postur (stance) agresif seakan sedang bergerak walaupun statik

Rupa belakang pula mengekalkan gaya ringkas dengan siluet kompak, tetapi kekal sporty dengan lampu kombinasi LED rekaan baharu.

Kabinnya: Minimalis Premium Jepun

Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025

Memasuki ruang kabin, Mazda CX-60 menampilkan ruang kabin luas dengan papan pemuka lebar yang bersambung terus ke corong penyaman udara dan trim pintu. Konsol tengah pula dibina kukuh yang menyerlahkan susun atur enjin pacuan membujur, sesuatu yang jarang dalam segmen itu.

Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025

Antara ciri dalaman utama:

  • Kluster instrumen digital 12.3 inci
  • Paparan dongak (HUD) Active Driving Display
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
  • Unit infotainmen 12.3 inci dengan arahan suara
  • Sistem Personalisasi Pemandu boleh kustom hingga 250 tetapan automatik untuk (kerusi, stereng, cermin dan HUD) mengikut profil pemandu
  • Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas wayarles, kamera 360° dengan fungsi paparan tembus See-Through View
  • Sistem bunyi premium BOSE dengan 12 pembesar suara

Mazda turut mengekalkan sentuhan kraf tradisional Jepun menerusi penggunaan material semula jadi dan kemasan moden bagi menyerlahkan karakter buatan Jepun (Crafted in Japan).

Prestasi: Jinba-Ittai yang Lebih Hidup

Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025

Di sebalik bonet, Mazda CX-60 dijana enjin petrol aspirasi natural (NA) 4-silinder 2.5L Skyactiv-G dengan transmisi automatik 8-kelajuan 8EAT yang menghasilkan output kuasa 189hp dan tork 261Nm, cukup seimbang antara prestasi dan kecekapan.

Disokong platform Skyactiv Multi-Solution Scalable Architecture, Mazda CX-60 dibina untuk menyokong elektrifikasi masa depan sebagai kenderaan mesra alam.

Bagi pengendalian, Mazda CX-60 dilengkapi:

  • Kawalan Postur Kinematik (Kinematic Posture Control, KPC): Kawalan suspensi pintar yang mengekalkan kestabilan ketika membelok laju.
  • Suspensi belakang direka mengurangkan 'angkatan badan' ketika membrek.
  • Pemanduan lebih stabil dengan fiil Jinba-Ittai* (kesatuan antara kereta dan pemandu).

Keselamatan Tahap Dunia

Mazda CX-60 menerima rating 5-bintang Euro NCAP (2022), sekali gus membuktikan keupayaan SUV itu melindungi penumpang dewasa, kanak-kanak dan pengguna jalan raya lain.

Antara teknologi keselamatan i-Activsense diberikan ialah:

  • Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC) dengan fungsi Henti dan Mula (Stop & Go)
  • Pemantau Titik Buta (BSM), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Elak Tukar Jalan (RDP)
  • Sokongan Brek Pintar (SBP) di depan dan belakang
  • Lampu utama LED Adaptif (ALH), dan Bantuan Suluh Tinggi (HBA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dengan sistem pemantauan pemandu.

Waranti, Servis

Setiap pembelian Mazda CX-60 didatangkan dengan:

  • Waranti pengeluar lima tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu)
  • Penyelenggaraan percuma lima tahun (termasuk alat ganti, minyak pelincir dan caj buruh).

Mazda CX-60: SUV Jepun Premium Buat Mereka yang Mahukan Lebih

Mazda CX-60 2025

Mazda CX-60 bukan sekadar SUV baharu, tetapi simbol bagaimana Mazda menggabungkan rekabentuk Kodo, teknologi pintar, falsafah Jinba-Ittai, dan kraf Jepun dalam satu pakej eksklusif. Pada harga sekitar RM200,000, model itu hadir sebagai alternatif premium kepada SUV Jepun dan Eropah lain dalam segmen-D.

Mazda jelas mahu memikat golongan yang mahukan SUV elegan, berkuasa, praktikal, tetapi masih mengekalkan jiwa pemanduan sebenar. Adakah Mazda CX-60 cukup untuk menggugat pesaing segmen SUV premium pertengahan di Malaysia?

Pelancaran Mazda CX-60 dan CX-80 PHEV 2025
Pelancaran Mazda CX-60 dan CX-80 PHEV 2025
Pelancaran Mazda CX-60 dan CX-80 PHEV 2025
Pelancaran Mazda CX-60 dan CX-80 PHEV 2025
Mazda CX-60 2025
Pelancaran Mazda CX-60 dan CX-80 PHEV 2025
Pelancaran Mazda CX-60 dan CX-80 PHEV 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Mazda CX-60 2025
Pelancaran Mazda CX-60 dan CX-80 PHEV 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: bermaz Motor, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda, Mazda CX-60, Roda4, SUV saiz pertengahan, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen
    #PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev