• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Malaysia Buka Pendaftaran Minat untuk Model Baharu Chery O5

Chery Malaysia Buka Pendaftaran Minat untuk Model Baharu Chery O5

September 2, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

CHERY Malaysia kini membuka pendaftaran minat (Registration of Interest) bagi Chery O5 serba baharu sebelum pelancaran rasminya bulan ini.

Sebagai salah satu model global paling dikenali, Chery O5 sudah mempunyai pengikut tersendiri kerana rakaan yang futuristik, prestasi dinamik, dan ciri keselamatan canggih.

Model ini tampil lebih berani dengan rekaan yang dikemas kini, pengendalian dipertingkatkan, dan teknologi pintar terkini, menjadikannya pilihan SUV yang sesuai untuk mereka yang ingin tampil lebih bergaya.

Rekaan Lebih Menyerlah, Pengendalian Lebih Selesa

Bahagian luaran menampilkan rim aloi 18 inci yang lebih garang. Darisegi penampilan, sistem suspensi belakang multi-link memberikan pemanduan lebih stabil dan selesa untuk semua situasi jalan.

Kabin Mewah dengan Teknologi Pintar

Bahagian dalaman dilengkapi kerusi sintetik dengan fungsi ventilasi di kerusi depan, menjadikan ruang kabin bukan sahaja bergaya tetapi juga selesa.

Bagi penggemar teknologi, terdapat paparan dwi-skrin sesentuh 20.5 inci dengan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto, memastikan sambungan digital tanpa gangguan.

Turut dilengkapi pengecas wayarless dan sistem kawalan suhu automatik dual zon, memberikan kemudahan moden untuk pemandu dan penumpang.

Ciri Keselamatan Lengkap dengan ADAS Tahap 2

Chery O5 baharu hadir dengan enam beg udara, sistem bantuan pemanduan ADAS Tahap 2, dan kamera pintar 540 darjah yang menawarkan sudut pandangan lebih menyeluruh berbanding kamera 360 darjah biasa.

Kuasa Turbo dengan Transmisi Dual Klac

Di sebalik hud depan, terdapat enjin 1.5T pengecasan turbo yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar (DCT) 6 kelajuan, memberikan pecutan responsif seiring dengan gayanya yang sporty.

Tempah Pandu Uji Sekarang!

Pelanggan yang berminat untuk menjadi antara terawal merasai pengalaman memandu Chery O5 serba baharu, boleh mendaftar minat menerusi pautan rasmi:

  • https://www.chery.my/register-your-interest-new-chery-/

SUV Bergaya dengan Teknologi Terkini

Chery O5 serba baharu menawarkan pakej lengkap daripada rekaan berani, pengendalian mantap, hingga teknologi pintar dan ciri keselamatan moden.

Ia bukan sekadar SUV biasa, tetapi menjadi kenderaan yang memenuhi kehendak pemandu masa kini yang mahukan gaya, keselesaan, dan keselamatan dalam satu pakej.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chery Malaysia, Chery O5, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev