• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k

Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k

September 2, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) secara rasmi memperkenalkan Nissan Navara X-Tremer 2025, sebuah varian baharu dalam rangkaian trak pikap popular jenama itu di Malaysia.

Navara X-Tremer ditawarkan dalam tiga pilihan varian:

  • 2.5L Turbo V – RM134,800 (RM136,850 di Malaysia Timur)
  • 2.5L Turbo VL – RM146,900 (RM148,950 di Malaysia Timur)
  • 2.5L Turbo Pro-4X – RM154,800 (RM156,850 di Malaysia Timur)
  • Semua harga adalah atas jalan tanpa insurans untuk pendaftaran persendirian.

Rekaan Luaran Lebih Agresif

Sekilas pandang, Navara X-Tremer mengingatkan kita kepada varian Black Edition 2023, namun terdapat beberapa perbezaan ketara. Model X-Tremer tampil dengan gril hitam bersama kemasan bampar hadapan berbentuk ‘X-formation’, memberikan imej lebih garang.

Ia turut dilengkapi dengan over-fender hitam, kemasan fender bercorak karbon, antena sirip jerung, bampar belakang hitam dan pelekat unik pada pintu belakang.

Kabin Premium dengan Sentuhan Moden

Bahagian dalaman menerima peningkatan besar dengan penggunaan material soft-touch pada papan pemuka bersama jahitan dua lapis, serta stereng balutan kulit dengan kemasan lebih halus.

Kelengkapan lain termasuk tempat duduk hadapan Zero Gravity dengan upholsteri Quole Modure anti-noda(bergantung varian), serta sistem infotainment skrin sesentuh 8 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Enjin dan Prestasi

Semua varian X-Tremer menggunakan enjin diesel 2.5L YD25 empat silinder turbo yang menghasilkan 190PS pada 3,600rpm dan tork 450Nm pada 2,000rpm. Kuasa dihantar melalui transmisi automatik 7 kelajuan dengan mod manual serta dilengkapi rear differential dengan kunci elektronik.

Ciri Keselamatan dan Bantuan Pemanduan

Seperti model Navara lain, X-Tremer dilengkapi sistem keselamatan komprehensif termasuk:

  • Amaran perlanggaran hadapan & AEB
  • Amaran titik buta
  • Amaran keluar lorong
  • Amaran lintas trafik belakang
  • ABS, EBD, BA, VSC, TCS
  • Hill Start Assist & Hill Descent Control
  • Trailer Sway Assist
  • Suspensi dan Casis

Navara X-Tremer mengekalkan kelebihan casis Navara dengan sistem double wishbone di hadapan dan multi-link spring gegelung di belakang, memastikan keselesaan dan kestabilan lebih baik berbanding trak pikap konvensional.

Tawaran Promosi

ETCM turut menawarkan rebat tunai RM8,000 bagi pembelian Nissan Navara X-Tremer untuk semua varian yang tersenarai.

SUMBER: New Straits Times

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Nissan Navara, Nissan Navara X-Tremer, Pickup trak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev