• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua Kaunter JPJ Kini Boleh Bayar Tanpa Tunai Guna e-Dompet!

Semua Kaunter JPJ Kini Boleh Bayar Tanpa Tunai Guna e-Dompet!

August 28, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Semua kaunter JPJ kini boleh dibayar guna e-dompet

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan langkah baharu memperkenalkan pembayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan e-dompet di semua kaunter JPJ seluruh negara.

Bermula sekarang, pengguna boleh membuat bayaran menggunakan aplikasi Touch 'n Go eWallet, GrabPay, MAE dan Boost di kaunter JPJ sebagai alternatif kepada tunai atau kad debit/kredit.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata;

Inisiatif ini lebih cepat, selamat dan praktikal, serta seiring dengan gaya hidup masyarakat masa kini."

JPJ Catat RM5.6 Bilion Transaksi Tanpa Tunai

Semua kaunter JPJ kini boleh dibayar guna e-dompet

Berdasarkan rekod hingga 24 Ogos 2025, JPJ mengutip RM5.6 bilion melalui 46.5 juta transaksi tanpa tunai yang dilaksanakan menerusi kaunter dan aplikasi MyJPJ.

Daripada jumlah itu, 245,626 transaksi dilakukan menggunakan e-dompet dengan nilai kutipan RM19.6 juta.

Langkah Seiring Transformasi Digital JPJ

Pelaksanaan kaedah pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet ini bukan saja memberikan kemudahan kepada pengguna, tetapi turut menyokong usaha kerajaan memperluaskan ekosistem pembayaran secara digital dalam sektor pengangkutan.

Dengan pilihan itu, pengguna boleh menikmati urusan lebih mudah, cepat dan selamat, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tunai.

SUMBER: FB JabatanPengangkutanJalanMalaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, e-Dompet, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pembayaran Tanpa Tunai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev