• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Unit Terakhir Nissan GT-R R35 Keluar Kilang

Unit Terakhir Nissan GT-R R35 Keluar Kilang

August 27, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

SELEPAS hampir dua dekad mendominasi segmen prestasi, Nissan GT-R R35 akhirnya menamatkan pengeluaran dengan unit terakhir dalam edisi istimewa T-Spec Midnight Purple.

Model ini menjadi penutup tirai kepada generasi paling lama dalam sejarah GT-R, iaitu 18 tahun.

Penghormatan Terakhir: GT-R T-Spec

GT-R T-Spec berada di tengah-tengah antara varian standard dan NISMO. Ia dikuasakan enjin V6 3.8L twin-turbo dengan 565hp, roda aloi ringan, serta warna ikonik yang memberi penghormatan kepada generasi terdahulu. Ia ibarat penghormatan sempurna sebelum legenda ini digantung.

Evolusi GT-R: Dari Hakosuka ke R35

Setiap generasi GT-R ada kisah tersendiri:

  • Hakosuka (GT-R asal) – berjiwa klasik seperti Datsun 510 dan BMW E9.
  • R32 (1989-1994) – digelar Godzilla, raja perlumbaan touring.
  • R34 (1999-2002) – GT-R terakhir bertransmisi manual, popular dalam filem Fast & Furious.
  • R35 pula bertahan paling lama, bermula sebagai kuasa teknologi yang dihadapan masanya waktu itu, kemudian bertukar menjadi matang ‘brawler’ lama yang masih relevan di litar.

Mechagodzilla di Litar

Sepanjang hayatnya, Nissan menghasilkan sekitar 48,000 unit R35 GT-R, dengan sepertiga daripadanya untuk pasaran Jepun. Di trek, ia mencatat pencapaian hebat termasuk:

  • 5 kejuaraan GT500 dalam Super GT.
  • 3 kejuaraan GT300.
  • Konsisten mencabar masa di Nürburgring, sering menjadi saingan Porsche.

Tidak hairanlah gelaran Mechagodzilla diberikan, meskipun bukan lagi paling canggih, ia tetap mampu ‘meranapkan kota’ dengan kuasa dan reputasinya.

Sentuhan Eksklusif Takumi

Keistimewaan lain R35 ialah setiap enjin VR38DETT dibina secara manual oleh juruteknik elit Nissan yang digelar Takumi. Mereka menandatangani hasil kerja masing-masing, seakan melahirkan jiwa dalam setiap GT-R.

Malah, proses akhir dyno tuning melibatkan sentuhan tangan Takumi untuk memastikan tiada cela tersembunyi.

Masa Depan GT-R

Walaupun R35 sudah berakhir, Nissan menegaskan GT-R akan kembali, berkemungkinan dalam bentuk elektrifikasi. Namun dengan cabaran kewangan syarikat, projek supercar mungkin bukan keutamaan segera. Buat masa ini, Nissan Zmenjadi penyambung legasi prestasi jenama Jepun itu.

Selamat Tinggal, R35

Mengucapkan selamat tinggal kepada Nissan GT-R R35 pastinya penuh emosi. Ada yang anggap ia terasa robotik, namun hakikatnya ia adalah ikon jalanan dan litar, ibarat raksasa mekanikal dengan karisma tersendiri. Rehatlah, Mechagodzilla, legenda ini akan terus dikenang dalam dunia automotif.

SUMBER: Car and Driver

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Nissan, nissan gt-r r35, Nissan GT-R R35 T-Spec

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev