• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MSF Merdeka Race 2025 Kembali Lebih Ekstrem di Sepang!

MSF Merdeka Race 2025 Kembali Lebih Ekstrem di Sepang!

August 27, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

TAHUN ini, sambutan Hari Kemerdekaan lebih epik dengan penganjuran PETRONAS-MSF Merdeka Race 2025 dibawakan PETRONAS Primax.

Perlumbaan enduran sejauh 111 pusingan itu bakal berlangsung Ahad ini, (31 Ogos 2025) di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (5.534km), melibatkan lebih 400 kereta dan motosikal.

Perlumbaan Semakin Mencabar

Acara memasuki tahun ke-8 penganjuran itu kini menjadi antara kemuncak perlumbaan paling dinanti setiap tahun.

Paling menarik, perlumbaan utama MSF SuperTurismo Merdeka 111 Endurance Race terus berkembang daripada 88 pusingan sebelum ini, kepada 99 pusingan pada 2024, dan kini melonjak kepada 111 pusingan dengan jangkaan masa perlumbaan sekitar lima jam.

Hadiah Lumayan Menanti Juara

Perlumbaan utama menawarkan hadiah tunai:

  • Juara: RM5,000
  • Naib Juara: RM3,000
  • Ketiga: RM2,000

Selain itu, hadiah tunai turut diberikan mengikut kategori dengan jumlah hingga enam kelas perlumbaan.

MotoMSF Superbikes Lebih Panjang

Bagi kategori dua roda, MotoMSF Superbikes pusingan perlumbaan enduran kini bertambah panjang daripada 12 pusingan kepada 33 pusingan.

Setiap pasukan akan menggunakan dua pelumba dan dua motosikal, lengkap dengan hentian pit dan pertukaran pelumba, meniru format perlumbaan enduran sebenar selama lebih kurang 90 minit.

Hadiah tunai ditawarkan untuk kategori itu mencecah RM8,000 untuk juara keseluruhan.

Sokongan Padu Penaja

Prinsipal MSF, Adian Yein Khalid berkata, pihaknya berbangga kerana PETRONAS Primax terus menjadi rakan penaja utama bersama beberapa nama besar lain seperti EXN Lube, Rennplatz, Vision Motorsports, Momentum Autosport, Energizer, GITI Tires dan Pirelli.

Beliau berkata, perubahan format setiap tahun adalah sebahagian tradisi MSF bagi meningkatkan tahap saingan dan pada masa sama mengekalkan perlumbaan yang mampu milik dan berstruktur.

American V-Twin Cup

Satu lagi tarikan istimewa tahun ini ialah American V-Twin Cup by Prodigy Racing, yang menampilkan jentera Harley-Davidson dan Indian Motorcycle.

Dengan enjin hingga 2,000cc dan berat sekitar 250kg, motosikal yang sinonim dengan ‘highway cruising’ itu akan diuji dalam perlumbaan tujuh pusingan yang penuh aksi.

Perlumbaan Kelas Lain

Turut dipertandingkan Ahad nanti adalah:

  • Perlumbaan 40 minit dan satu pusingan untuk SuperSeries, Tuner Production, SkillDRVN one-make race, dan Campro Cup.
  • Perlumbaan 75 minit dan 1 pusingan untuk Saga Cup dan MyVi Cup.

Jadual Perlumbaan, Tiket

Aksi perlumbaan Ahad, 31 Ogos 2025 akan bermula pada:

  • 11 pagi: American V-Twin Cup
  • 12 tengah hari: MotoMSF Superbikes Endurance
  • 5 petang: MSF SuperTurismo Merdeka 111 Endurance Race

Tiket berharga RM35 sahaja (termasuk akses padok dan pit). Kanak-kanak bawah 12 tahun boleh masuk PERCUMA. Seperti biasa, pelbagai trak makanan dan barangan rasmi turut tersedia di lokasi.

PETRONAS-MSF Merdeka Race 2025 bukan sekadar perlumbaan, tetapi pesta automotif penuh warna-warni yang menyatukan peminat dua roda dan empat roda. Jadi, tandakan kalendar anda, 31 Ogos 2025 di Sepang yang bakal menjadi detik bersejarah dunia permotoran tanah air!

MSF Press Conference 2025 1
MSF Press Conference 2025 2
MSF Press Conference 2025 3
MSF Press Conference 2025 4
MSF Press Conference 2025 5
MSF Press Conference 2025 6
MSF Press Conference 2025 7
MSF Press Conference 2025 8
MSF Press Conference 2025 9
MSF Press Conference 2025 10
MSF Press Conference 2025 11
MSF Press Conference 2025 12
MSF Press Conference 2025 13
MSF Press Conference 2025 14
MSF Press Conference 2025 15
MSF Press Conference 2025 16
MSF Press Conference 2025 17
MSF Press Conference 2025 18
MSF Press Conference 2025 19
MSF Press Conference 2025 20
MSF Press Conference 2025 21
MSF Press Conference 2025 22
MSF Press Conference 2025 23

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Malaysia Festival Speed (MSF), MSF, MSF Merdeka Race 2025, MSF SuperTurismo, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev