• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / iCAUR Buka Pusat Jualan Pertama Dunia di Glenmarie

iCAUR Buka Pusat Jualan Pertama Dunia di Glenmarie

August 27, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.

JENAMA automotif baharu, iCAUR mencatat sejarah apabila membuka pusat jualan pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam.

Langkah itu menandakan permulaan kepada rangkaian pengedaran iCAUR di Malaysia, selain menghampiri detik pelancaran model sulung, iCAUR 03, pada 9 September 2025.

iCAUR Glenmarie: Pusat Jualan, Gaya Hidup

Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.
Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.

Pusat jualan baharu itu dikendalikan Absolute Motor Sdn Bhd yang dibina di atas tapak berkeluasan 18,912 persegi. Ini bukan sekadar bilik pameran, tetapi direka sebagai hab gaya hidup untuk pemilik kenderaan elektrik (EV) dengan pelbagai kemudahan menarik seperti:

  • Bilik pameran memuatkan lima kereta pasa satu-satu masa
  • Ruang pelanggan eksklusif yang lengkap dengan WiFi percuma, kopi dan pastri
  • Ruang serahan kenderaan peribadi
  • Dua pengecas EV persendirian
  • iCAUR Arcade menempatkan zon permainan interaktif untuk pelanggan dan pengunjung

iCAUR Glenmarie turut menempatkan pusat servis selepas jualan dengan:

Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.
Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.
  • Tiga ruang servis
  • Satu ruang khas untuk kerja ubah suai (customisation bay)
  • Kapasiti servis bulanan hingga 300 kenderaan
  • Pasukan teknikal seramai 30 juruteknik terlatih

Rangkaian Jualan iCAUR di Malaysia

Menjelang pertengahan September 2025, iCAUR Malaysia menyasarkan menubuhkan 18 pusat jualan dan sembilan pengedar penuh di seluruh negara.

Absolute Motor juga merancang membuka cawangan tambahan dalam beberapa bulan akan datang.

iCAUR 03: SUV Elektrik dalam Dua Pilihan Kuasa

Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.

iCAUR 03 bakal menjadi model pertama dilancarkan di Malaysia dengan dua varian sistem pacuan elektrik:

i. iCAUR 03 2WD

  • Motor elektrik 135kW (184ps)
  • Tork 220Nm
  • Bateri litium-besi-fosfat (LFP) 65.7kWj
  • Jarak pemanduan 426km (NEDC)

ii. iCAUR 03 iWD (Intelligent Wheel Drive)

  • Sistem dwi-motor berkuasa 205kW (279ps)
  • Tork 385Nm
  • Bateri LFP 69.8kWj
  • Jarak pemanduan 418km (NEDC)

Harga anggaran iCAUR 03 bermula antara RM145,000 dan RM155,000. Tempahan kini boleh dibuat dengan bayaran penuh RM1,000 (dikembalikan).

Lokasi, Waktu Operasi

Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.

  • Alamat: 12, Jalan Pendaftar U1/54, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi bilik pameran:
    • Isnin - Sabtu: 8.30 pagi hingga 6 petang
    • Ahad: 9 pagi hingga 5 petang
  • Waktu operasi pusat servis:
    • Isnin - Sabtu: 8.30 pagi hingga 5 petang

Maklumat lanjut boleh layari www.icaur.com.my.

Era Baru Mobiliti Elektrik di Malaysia

Pembukaan pusat jualan iCAUR Glenmarie bukan saja menandakan kehadiran rasmi jenama itu di pasaran Malaysia, tetapi mencipta sejarah sebagai pusat jualan pertama iCAUR di dunia.

Dengan pelancaran iCAUR 03 yang menawarkan teknologi pintar, rekabentuk unik dan prestasi hebat, iCAUR bersedia menjadi jenama pilihan untuk pengguna yang mencari EV premium dengan nilai gaya hidup moden.

Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.
Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.
icaur-glenmarie
Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.
Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.
Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.
Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.
Bilik pameran iCAUR pertama dunia di Glenmarie, Shah Alam, Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bilik Pameran iCAUR, iCAUR 03, iCAUR Glenmarie, iCAUR Malaysia, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pusat Jualan iCAUR, Pusat Servis iCAUR, Showroom iCAUR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev