• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes Concept AMG GT XX EV Catat Pelbagai Rekod Dunia!

Mercedes Concept AMG GT XX EV Catat Pelbagai Rekod Dunia!

August 26, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

MERCEDES sekali lagi menggemparkan dunia automotif apabila model konsep AMG GT XX EV berjaya mencatat pelbagai rekod baharu seperti jarak perjalanan paling jauh dalam ujian ketahanan di litar Nardò, Itali.

Diperkenalkan pada Jun lalu dengan kuasa mencecah 1,341hp, sedan elektrik berprestasi tinggi ini menjadi penanda aras baharu dan ancaman serius kepada pesaing utama seperti Porsche Taycan.

Pecah Rekod 24 Jam & 40,000 km

Dalam ujian berterusan hampir lapan hari, dua unit GT XX EV diuji tanpa henti kecuali untuk sesi pengecasan pantas sehingga 900kW.

Hasilnya, salah satu jentera berjaya mencatat 5,480km dalam tempoh 24 jam (hampir 1,600km lebih baik daripada rekod terdahulu yang dipegang Xpeng P7). Lebih mengagumkan, pasukan Mercedes-AMG berjaya mencapai jarak keseluruhan 40,078km dalam tujuh setengah hari, bersamaan dengan lilitan bumi!

Penglibatan Pelumba Formula 1

Antara yang terlibat dalam misi ini termasuk pelumba Mercedes-AMG Petronas F1, George Russell. Menurut Russell, kelajuan purata mencecah 299km/j dengan henti pit kurang seminit untuk pengecasan pantas.

Pasukan terdiri daripada 17 pemandu yang bergilir setiap lapan jam, sama seperti strategi perlumbaan ketahanan sebenar.

Purata Kelajuan & Kecekapan Memberangsangkan

Secara purata, GT XX mencatat kelajuan 220km/j sepanjang 40,000km, termasuk masa berhenti.

Data menunjukkan kenderaan ini berhenti sekitar 22 minit bagi setiap jam pemanduan, selaras dengan penggunaan tenaga sekitar 1km setiap 1.6kWh – angka realistik untuk jentera elektrik berkuasa tinggi.

Tanda AMG Era Elektrik

Selain rekod 24 jam, GT XX turut memecah rekod endurance bagi 12, 48, 72, 96, 120, 144 dan 168 jam. Kejayaan ini menandakan potensi sebenar platform AMG.EA, asas kepada model produksi elektrik AMG yang bakal dilancar dalam bentuk sedan dan SUV beberapa tahun lagi.

Jika model eksperimen C-111 pada era 70-an hanya tinggal sejarah, AMG GT XX EV kali ini jelas menjadi amaran kepada pesaing: era baharu prestasi elektrik Mercedes-AMG sudah bermula.

SUMBER: Car and Driver

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: george russell, Kenderaan Elektrik, Mercedes, Mercedes GT XX EV, Mercedes-AMG Petronas F1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my