KEPELBAGAIAN masyarakat dan bahasa di Malaysia menyebabkan wujud pelbagai istilah untuk benda yang sama. Logiknya, memang agak sukar ditafsirkan. Jadi, artikel kali ini kami senaraikan istilah yang mungkin anda biasa dengar, tetapi tidak faham maksud, ataupun buat-buat faham apabila bersembang dengan rakan-rakan bikers lain (yang tulis ini pun sama juga).
Asah Tayar
- Mengambil selekoh dengan lebih bersemangat. Tetapi biasanya digunakan dalam konteks aktiviti riadah. Sama erti dengan mengajak lepak atau bersantai ke mana-mana.
- Contoh ayat: "Siapa nak ikut aku asah tayar hujung minggu ni kat Klawang, angkat tangan!"
Cager (kay-jer)
- Pemandu kereta. Datang daripada posisi pemandu kereta seperti duduk dalam sangkar.
- Contoh ayat: "Kurang berguna punya cager, nyaris aku kena langgar kat simpang tadi"
Ejen (ay-jen)
- Ejaan lain untuk 'urgent' yang bermaksud terdesak. Selalu digunakan dalam iklan jual beli barangan online.
- Contoh ayat: "Motor ejen nak jual, nak pakai duit buat beli susu anak."
EO (ee-oo)
- Merujuk kepada minyak enjin (atau minyak hitam), diambil daripada singkatan bahasa Inggeris, Engine (E) Oil (O).
- Contoh ayat: "Masuk EO ni confirm setahun bersemut enjin kau!" (rujuk 'semut' di bawah)
COD (see-o-dee, bukan kod)
- Singkatan kepada istilah Inggeris, Cash on Delivery. Banyak digunakan dalam iklan jual beli barangan online, iaitu cara urusan pembelian secara bersua muka walaupun bayaran tidak semestinya melibatkan wang tunai. Selepas disebut, penjual dan pembeli akan membuat janji temu di mana-mana lokasi pertemuan.
- Contoh ayat: "COD Wangsa Maju saja. Postage buyer tanggung."
Countersteering
- Mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi dengan menghenjut hendal masuk ke dalam selekoh. Istilah ini biasa digunakan dalam sesi sembang tentang cara melayan selekoh membabitkan motosikal berkuasa tinggi. Istilah sama juga boleh digunakan penunggang kapcai.
Grembal
- Berasal daripada perkataan inggeris, 'grind valve'. Proses melicinkan permukaan valve dan valve seat bagi mengembalikan semula kuasa enjin terutama yang sudah lama digunakan
Harga Murid
- Harga mampu-milik. Biasa diguna-pakai oleh otai-otai permotoran semasa zaman rancak berforum suatu ketika dahulu.
HDEO (hesh-di-ee-oo)
- Heavy Duty Engine Oil - merujuk kepada minyak enjin lori diesel yang digunakan pengguna kenderaan lain, termasuk motosikal (risiko salah guna, sila tanggung sendiri).
Highside
- Situasi kemalangan yang menyebabkan penunggang tercampak dari atas motor.
Jack (helmet)
- Panggilan mesra untuk helmet berjenama SHOEI siri J-Force. Harga pasaran untuk seunit helmet kategori rare yang sukar didapati boleh menjangkau berpuluh-puluh ribu ringgit.
- Contoh ayat: "Masyuk la brader ni, beli Jack Merah RM47,000!"
Joki
- Gelaran buat pelumba motosikal, kebiasaannya diberikan kepada pelumba perlumbaan haram.
- Contoh ayat: "Bengkel ni bukan motor saja power, joki pun sama hebat, hati kering!"
Kaki Leper
- Gelaran istimewa buat penunggang yang suka melayan selekoh atau corner.
- Contoh ayat: "Jalan Kuala Klawang, Bukit Tinggi, memang sesuai untuk kaki leper yang malas masuk trek."
Katak (RXZ)
- Istilah lain bagi model Yamaha RXZ Catalyzer. Kerap digunakan dalam konteks menukar set badan RXZ.
- Contoh ayat: "RXZ ni dah convert katak, tak orimoto. Jual murah-murah dah la."
Katap
- Panggilan lain untuk rektifier atau penerus, iaitu komponen motosikal yang mengawal arus elektrik.
- Contoh ayat: "Asyik mati motor kau ni, bukan ke aku dah suruh check katap petang tadi."
Kona Baring/Asah Lutut/Asah Footrest
- Aksi mengambil selekoh pada sudut miring yang ekstrem.
- Contoh ayat: "Depan ni memang sedap nak kona baring, jalan clear boleh nampak seberang."
Knalpot Purbalingga
- Ekzos aftermarket berjenama tiruan yang dibuat dan diimport dari Purbalingga, daerah di Jawa Tengah, Indonesia. Knalpot itu sendiri perkataan Indonesia yang bermaksud ekzos.
Lowside
- Situasi kemalangan yang menyebabkan penunggang dan motosikalnya jatuh terseret.
- Contoh ayat: "Mintak tolong kawan-kawan. Motor tak boleh jalan, baru lepas lowside kat Bukit Tinggi."
Payung
- Belanja kawan-kawan.
- Contoh ayat: "Jom TTS mamak malam ni, aku payung kau orang." (rujuk TTS di bawah)
Pishang
- Situasi bosan yang melampau.
- Contoh ayat: "Aku pishangg terok ni geng, awek pun tak ada nak ajak keluar."
NOS
- Asal perkataan Inggeris 'New Old Stock' yang merujuk kepada motosikal klasik dan tidak pernah didaftarkan serta masih berbungkus dalam plastik sebelum dijual semula pada harga lebih tinggi.
Orimoto
- Disebut untuk menegaskan komponen dan alat ganti digunakan ialah tulen daripada kilang.
- Contoh ayat: "Semua parts RXZ aku orimoto, tak main la cap ayam punya."
RARE
- Istilah untuk motosikal atau aksesori sukar didapati yang membuatkan harga jadi melampau mahal.
- Contoh ayat: "Tau la helmet RARE, nak bawak pergi solat Jumaat juga dah kenapa?"
Roket/Meroket
- Sama erti dengan memecut, tapi berbunyi lebih hebat.
- Contoh ayat: "Polis nak tahan dah tadi, nasib baik aku roket je. Selamat duit aku."
RV
- Singkatan untuk rendezvouz (raen-de-vu), bermaksud berkumpul di tempat dan pada masa ditetapkan.
- Contoh ayat: "RV BHP Tol Gombak 9 am, tayar golek 9.30 am. Siapa lambat kena tinggal."
Semut/Bersemut
- Istilah terbitan daripada perkataan bahas Inggeris, 'smooth' yang bermaksud lancar. Biasanya merujuk kepada kelancaran pergerakan enjin bagi kebanyakan pengguna minyak enjin lori.
- Contoh ayat: "Dah pakai setahun pun bersemut enjin aku ni, tak rugi beli kat pomen Pak Manap dulu."
Tayar Golek
- Masa ditetapkan untuk masing-masing bergerak dari lokasi RV (tempat berhimpun).
- Contoh ayat: "RV BHP Tol Gombak 9am, tayar golek 9.30am. Siapa lambat kena tinggal."
TTS
- Singkatan kepada 'teh tarik session', iaitu aktiviti berkumpul dan melepak bersama rakan-rakan sekepala yang meminati aktiviti sama.
- Contoh ayat: "Malam ni TTS kat Warung Mak Jah jam 9, siapa tak datang, tak dapat sticker group."
Apakah anda ada istilah pelik lain yang patut ditambah? Jangan simpan sendiri, kongsikan bersama kami dalam ruangan komen! 😉
Rassul says
BJj-Bagi jadi ja
Ceng gila-laju gila
Nak cheng dah-nak jalan/balik dah
Rempit sejati says
Selepas baca artikel nih.. Terus aku bercita-cita nak jadi mat rempit.. Ingat minggu depan nak tukar 125 la..
squall_shinoda says
Bersepah - jatuh akibat kemalangan
Wahidalwie says
Bersepai pun boleh juga.
Pembalap Malam says
Aku tail mamat ni rapat.
Demak DZR says
(RIDE SANTAI)
*nama je RIDE SANTAI tapi kalau korang betul² bawak SANTAI memang bertiang-tiang kena TINGGAL!!
CONTOH: kejap lagi kita "Ride Santai" je~ jangan percaya kata-kata manis tu
ayie says
kannn..macam cilake dia punya 'santai'..
bole jadi berkicap kena tinggal..
Joe says
Hahahahahahahaa... Ayat yg x bole dipercayai geng
GG says
apa maksud pnp??.. maaf nubis...
neo says
plug n play mcm beli part pastu pasang trus
ariel says
harga yahudi
STP says
Harga mahal mencekik darah
johnLabu says
pv tu ape eak geng?
Non says
Rider maut
Sapik says
Maksud cnc tu apa?
adib says
bukak yt tengok sendiri, dari bongkah besi menjadi apa apa bentuk
Mat mesen says
CNC setahu aku lah.. Computer Numeric Control.. iaitu cara pembuatan atau proses menghasilkan sesuatu barang menggunakan mesin secara automatik... Rekabentuk guna komputer lepastu convert ke mesin.. lepstu mesin akan buat lah part yg kite reka tu.. secara automatik..
Contoh orang buat plate holder disc break tuh.. CNC part.. biasanya laa..
helmet says
pv tu power valve contoh motor yang ada macam yamaha tzm atau kawasaki kip 150 rr
jualhelmet87 says
Ada dua maksud Roket tu.. pertama mencuri dan kedua kalau bawa motor meroket maksudnya bawa motor sambil kepala tunduk untuk potong angin dan boleh pergi laju lagi.. hehe