BYD Malaysia memperkenalkan BYD Seal 2025 baharu yang hadir dengan rekabentuk lebih premium, teknologi pintar terkini dan prestasi pemanduan mengagumkan pada harga bermula RM171,800.
Kenderaan elektrik (EV) itu membawa semangat 'Seal The Speed' dengan kemampuan pecutan luar biasa dan jarak pemanduan lebih jauh.
Prestasi, Jarak Perjalanan
BYD Seal 2025 baharu hadir dalam dua varian, Premium dan Performance yang masing-masing menawarkan keupayaan berbeza untuk memenuhi keperluan pemandu moden.
i. Performance
- Pecutan 0-100kmj sepantas 3.8 saat, dan menjadi antara sedan EV terpantas dalam kelas
- Dikuasakan dwi-motor elektrik untuk output kuasa hebat dan prestasi mantap
ii. Premium
- Menawarkan jarak perjalanan hingga 650km (NEDC) untuk pemanduan jarak jauh tanpa rasa bimbang
- Sesuai buat mereka yang mengutamakan kecekapan dan jarak pemanduan maksimum
Suspensi Canggih untuk Keselesaan
BYD Seal 2025 baharu dilengkapi teknologi suspensi terkini untuk meningkatkan kestabilan dan keselesaan:
i. Performance
- Sistem kawalan badan redaman DiSus-C: Teknologi suspensi canggih yang biasa digunakan pada kenderaan mewah
ii. Premium
- Redaman selektif mengikut frekuensiFrequency Selective Damping (FSD): Teknologi yang memastikan pemanduan lancar dengan keseimbangan kawalan dan keselesaan
Rekabentuk Ditambah Baik, Ciri Premium
BYD Seal 2025 baharu menerima pelbagai naik taraf dari segi rekabentuk dan ciri, seperti:
- Tirai suria kuasa elektrik untuk bumbung panaromik
- Akses kunci digital NFC BYD dan kunci Bluetooth
- Pemegang cermin mata baharu untuk kemudahan tambahan
- Rim aloi 19 inci dengan brek kaliper merah lebih sporty untuk kedua-dua varian
Pilihan Warna Baharu
Ada empat warna eksklusif untuk BYD Seal baharu:
- Aurora White (putih)
- Atlantis Grey (kelabu)
- Cosmos Black (hitam)
- Shark Grey (kelabu), warna baharu untuk karakter sporty
Harga, Pakej Pelancaran Eksklusif
- Premium - RM171,800
- Performance - RM191,800
BYD menawarkan pakej promosi bernilai hingga RM10,888 kepada 300 pelanggan pertama, terdiri daripada:
- Pengecas dinding (wallbox) percuma
- Pakej servis
- Rebat pelancaran istimewa
Dengan prestasi mengagumkan, teknologi suspensi pintar dan rekabentuk dipertingkat, BYD Seal 2025 baharu membuktikan kedudukan model itu sebagai sedan EV premium yang bukan sekadar laju, tetapi juga selesa dan penuh ciri pintar.
Leave a Reply